Artis / Selebriti
” Tak pernah dengar sebelum ni versi lelaki nyanyi lagu Nirmala sesedap ni.. ” – Komen Netizen
Video Umairah dan Amad menghiburkan warganet ketika live menyanyikan lagu Nirmala buat ramai terpegun. Fuhhh mantap lah suara dua beradik ni. Lenggok suara Amad tu lain macam betul bunyinya, versi lelaki paling best menyanyi lagu ni..
Nama anak-anak Siti Nur Sairah Tarudin, Umairah dan Amad semakin meniti di bibir wargamaya. Umairah atau Umai sudah lama menyerlah dan kini Amad pula mencipta fenomenanya yang tersendiri. Baik Umai mahu pun Amad, kedua-duanya memiliki vokal dan suara yang hebat.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Umar Misnan, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan live Umai dan Amad. Mereka berdua melayani permintaan viewers yang mengikuti live Tiktok mereka itu dan menyanyikan banyak lagu.
Antara lagu yang mencuri hati warganet adalah lagu popular Dato’ Seri Siti Nurhaliza berjudul Nirmala. Lagu irama Malaysia ini dinyanyikan dengan cukup baik dan sempurna oleh Amad dan Umai. Mendengar akan suara Amad, ramai yang memberikan pujian.

Lenggok suara yang Amad perdengarkan berbeza dengan lenggok asal dan ianya kedengaran sangat merdu. Memetik komen warganet, Nirmala versi Amad ini antara yang paling sedap pernah mereka dengar. Suara Amad yang mendayu-dayu itu menambahkan lagi rencah untuk lagu ini.
Jom tonton video di bawah :
@umarmisnan Nirmala live by amad dan umai @AMAD🌟 @umai @sitinursairahtarudin_new @Siti Nurhaliza #nirmala #amad #umai #sitinurhaliza
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Umai oh my god and amad also oh my god. Really good dik both of you.. merdu sungguh suara.. tak puas dengar.. “
” Sedap betul suara dua beradik ni. Dua2 suara sedap.. cuma kt Malaysia dah ramai lambakan penyanyi wanita yg hebat.. kurang penyanyi lelaki.. kelebihan banyak untung Amad.. “
” Sedap suara Amad.. fresh betul lenggok suara Amad tu.. tak pernah dengar sebelum ni versi lelaki nyanyi lagu Nirmala sesedap ni.. “
” Bakat yang dah sedia ada untuk digilap biar terus bersinar.. merdunya suara dua beradik ni. tap aku better Amad versi boy.. “
” Tu reti, comel je umai kagum dengan adik dia.. sedap dan merdu sungguh suara keduanya.. suara Amad tu, dia pndai mengalun suara.. memang power lah.. “
” Suara pun hampir sama dng tok ti.. samoga berjaya MCM tok ti.. suatu hari nanti.. amad hebatnya nyanyi lagu tradisional.. versi paling best dengar ni.. “
” Serius Amad punya lenggok fresh sangat.. Amad ni suara dia memang ada feel dengan cangkuknya.. lenggok mak iti tapi versi upgrade.. “
Tak puas mendengar suara Amad dan Umai. Tidak semua orang boleh menyanyikan lagu irama tradisional dengan baik. Lenggok suara Amad lain daripada lenggok suara penyanyi asal. Semoga Amad dan Umai akan menjadi bintang yang bersinar seperti Mak Iti suatu hari nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Umar Misnan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Ya Allah, sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti5 days ago” MasyaAllah ini bukan Datuk Yusry je yang nangis, seluruh rakyat Malaysia turut mengalir air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia tiada geli, muntah ke apa ke, tu lah Wan Raudatul Sakinah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti6 days ago” Apa mau jadi, ketaksuban pada telefon.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Unclenya keras kejung, mana lah Ara tak tergelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wah jarang-jarang ni Aleeya menyanyi dalam live. Suara Aleeya sebijik macam Arni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Terpukau dengar, tambah tengok dia dance tu, aww cair weh. Sampai melopong Dato’ AC.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mr E bagi great huge hint pada Erra tu. Time ni le dia buat muka dengan ayat kesian dia, haha.. ” – Komen Netizen

