Connect with us

Artis / Selebriti

” Tak pernah aku dengar watak ke 4. Lawak jugak suami Lizzy ni, haha.. ” – Netizen

Video Suami Elizabeth Tan, Dr Siew Jim Promote Filem Lakonan Elizabeth, Sheriff Di Tempat Kerja Buat Warganet Terhibur. Wah Supportive Betul Husband Lizzy Ni. Kaw Kaw Promote Tapi Nama Watak Pulak Tak Tahu. Spoil Betul, Haha !!

Sebagaimana yang ramai sedia maklum, pelakon Elizabeth Tan telah pun mendirikan rumahtangga bersama jejaka tampan bernama Dr Siew Jim beberapa tahun yang lalu. Pasangan ini antara pasangan yang sempoi dan selalu kelihatan ceria bersama.

Meninjau satu perkongsian di akaun Tiktok Missviraltv, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Dr Siew mempromosikan filem lakonan terbaru Elizabeth iaitu Sheriff. Filem ini baru sahaja ditayangkan dan ianya mendapat kutipan yang tinggi pada hari tayangan perdananya.

Klik gambar untuk info..

Kata Dr Siew, filem ini memang bagus dan seronok untuk ditonton. Ketika ditanyakan Elizabeth memegang watak apa, spontan sahaja Dr Siew menjawab watak ke 4. Alahai nama watak tak tahu pun tak apa lah, janji Dr Siew tahu isterinya itu bawa watak yang mana.

Tergelak-gelak semua kakitangan hospital yang ada di situ ketika berbual dengan suami Elizabeth. Dr Siew sudah menjadi promoter free untuk Elizabeth, ramai lah staff hospital yang bakal serbu panggung selepas ini. Salah satu cara marketing paling berkesan.

Jom tonton video di bawah :

( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) 

@missviraltv

Semangat suami Elizabeth Tan promote filem isteri dia, Sheriff dekat tempat kerja hehe Comel betul 📷 kisahartismalaysia

♬ original sound – Miss Viral TV – Miss Viral TV

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 30 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Laki dia sebenarnya tak tau bini pegang watak apa haha.. tp ok la jgk dia tau turutan watak.. ke-4.. lawak juga suami lizzy ni.. ”

” First time dengar suara suami Elizabeth Tan.. Wah semangat ni promote filem wife pada kawan-kawan, support wife bagus lah.. ”

” Suke mengusik doc macam ni. Jenis tak sombong boleh melawak.. jrang doc kawen ngn retis. sesuai couple ni.. ”

” Very supportive husband lah.. Support wife sungguh.. elizabeth tan mmg berlakon best wajib tonton. best cite Sheriff tau.. ”

” Tak pernah aku dengar watak ke 4 haha.. kiranya watak penting no 4 lah kan.. tapi movie sheriff memang best gilerr.. pergi tengokk korang.. ”

” Watak ke 4 pun boleh la doktor hehe. handsome do laki si Lizzy ni. Cara dia ckp fasih woo melayu tkdk dgr lamgsung mcm cina ckp melayu.. ”

” Watak keempat haha, nasib baik dia tak spoilkan jalan cerita hehe. Sweet lah promote filem wife.. baru dgr suara dia dan ckp Melayu, fasih betul.. ”

Klik gambar untuk info..

Bagus suami Elizabeth ni, tengah bekerja pun masih sempat mempromosikan filem lakonan isteri. Cara Dr Siew bercakap pun sedap didengar. Fasih betul bahasa Mmelayunya dan langsung tidak berbunyi pelat. Ada suami yang supportive pun satu rezeki, untung Lizzy.

Silakan SHARE..

Sumber :  Tiktok Missviraltv

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT