Artis / Selebriti
” Tak ngam lagi dua ketul ni. Jangan sampai dia bagi tiang gol dekat si Shashic.. ” – Komen Netizen
Video Shashic sekali lagi mengusik anak Achey Bocey, Tiara Zinnirah. Respon Tiara buat ramai terhibur. Tak boleh berjumpa dua orang ni, asyik nak bergaduh je. Shashic pulak suka mengusik. Berbulu je Tiara tengok Shashic. Past last tu Achey pulak yang kena marah. Lawak betul, haha..
Gelagat anak perempuan Achey Bocey, Tiara Zinnirah Nasir seringkali mencuit hati warganet dengan perangai randomnya yang mencuit hati. Memandangkan Achey sekeluarga dan rakan sekumpulannya, Shashic dipilih menjadi duta Jakel, banyak masa yang diluangkan mereka bersama-sama.
Ketika sesi memperkenalkan duta Jakel, Tiara dan Shashic sudah kelihatan asyik bergaduh manja di atas pentas. Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Kakjoooo, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Shashic bersama Tiara di sebuah restoran.
Seperti biasa, Shashic memang suka mengusik Tiara. Ada sahaja akalnya untuk menyakat buah hati kesayangan Achey dan Anne ini. Tiara pula pantang diusik, bukan hanya jelingan mata tetapi ekpresi wajahnya yang tidak berpuas hati dengan Shashic juga ditunjukkan oleh Tiara.

Gelagat Tiara dan Shashic ini menggeletek hati semua yang berada di situ. Tergelak mereka melihat aksi Tiara dan Shashic yang ingin bercakaran. Achey pula mencuba sehabis baik untuk menjadi orang tengah untuk meleraikan pergaduhan manja antara Tiara dan Shashic, namun sayangnya penghujung sekali Achey pula yang dimarahi.
Jom tonton video di bawah :
@kakjoooo Ada idea x mcm mana nak pujuk tiara gais supaya x gaduh dgn uncle shishic ni 🤣? @Shashic Iewan @ACHEY KINTANG KINTUNG @KAK_ANNE @anne_achey21
Hampir 5000 tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Budak-budak dia rasa selesa dengan seseorang tue… tue yang dia memang suka kalau bergurau gaduh semua tue.. Orang tua2 ckp, jangan benci2 org, nanti jadi sayang haha.. “
” Last last ‘ayah tipu’ hahaha. walau pun tiara ni gaduh dengan shashic .. satu hari nanti tiara ni akan rapat dengan shashic ape2 uncle shashi sebab tiara selesa dengan uncle kira jadi geng walau pun ada mama Dan ayah .. akan cari uncle tengok la nanti.. “
” Tak gaduh tak sah. Serba serbi tak kena kalau tak gaduh.. menyakat je, kang kene headbutt kang. patah hidung shic nnt haha.. “
” Tak nak bagi bergaduh macam mana, tiara duk diam saja yang uncle tu kacau. suka tgk tiara dgn uncle shashic. Yg selalu diajak gaduh tu la yg paling dia sayang nanti.. “
” Tak ngam lagi dua ketul ni. jangan sampai dia bagi tiang gol dekat si shashic ni haha.. kena pujuk dengan makanan tiara ni, confirm baik hehe.. “
” Uncle rasa uncle shashic kena belanja dia nasi kandar. tau pun beger kosong.. uncle suka menyakat, tiara pulak garang macam singa hahaha.. “
” Kalau orang tua selalu menyakat budak memang macam tu, dia akan anti dengan orang yang suke menyakat dia.. macam anjing dengan kucing, pantang jumpa nak gaduh je kejenya.. “
Bak komen warganet, Tiara dan Shashic seperti anjing dengan kucing. Pantang duduk dekat, pasti akan bercakaran dan bergaduh. Namun Shashic hanya ingin bergurau bersama Tiara dan mencipta memori bersama si kecil ini. Semoga Tiara dan Shashic akan menjadi kamcing suatu hari nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Kakjoooo
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti4 days ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Showmanship Ayash power lah. Gaya dia tu mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku terus call, laki kau yang angkat. Aku terkejut, mesej tu baru 2 saat ko reply.. ” – Janna Nick
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aku keluar dari situ, dunia akhirat, aku ada 28 ringgit sahaja.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Nama baby unik dan lain daripada lain, pandai pilih nama.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Betul-betul tak sangka jawapan Erra bagi tu. Kelakar lah Erra ni, haha.. ” – Komen Netizen

