Viral
” Tak boleh bayangkan macam mana roommate arwah kemas barang-barang ni, mencurah-curah air mata.. ” – Komen Netizen
Video beberapa pelajar UPSI mengemas barang-barang milik 15 mangsa kemalangan bas Gerik-Jeli untuk dibawa pulang ke kampung halaman undang sebak ramai. Sedihnya melihat semua kelengkapan mereka..
Meninjau ke akaun Tiktok bernama Mummyween, perkongsian sebuah video yang memaparkan suasana beberapa pelajar UPSI mengemas segala barang 15 mangsa kemalangan bas di Gerik-Jeli di hostel mereka telah mengundang sebak ramai orang.
Barang-barang peninggalan mereka ini akan dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing oleh pihak UPSI dengan menggunakan sebuah lori. Antara barang-barang milik mangsa merupakan pakaian, barang keperluan harian dan juga motosikal.
Pastinya momen ketika mengemas barang-barang mereka ini membuatkan rakan-rakan mereka berasa sedih dan rindu akan mereka. Tambahan pula apabila melihat barang-barang milik mereka yang hanya tinggal kenangan. Kita yang tidak mengenali mereka juga berasa sedih, inikan pula sahabat rapat atau rakan sebilik mereka.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 39 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik beberapa jam yang lalu. Pihak UPSI telah melakukan sebaik mungkin bagi memastikan barang-barang milik mangsa sampai ke destinasi dengan selamat.
Jom tonton video di bawah :
@mummyyweenaa Misi Penghantaran Barangan Arwah Penghuni Kolej Kediaman UPSI ke pangkuan keluarga masing-masing..😢 oleh pihak UCTC UPSI #keluargakolejkediamanupsi #jhepaupsi #upsimalaysia #kamibantusemampuyangboleh #misipenghantaran #semogaselamatsemuanya #takziahuntuksemuakeluarga #alfatihah
Di ruangan komen, ramai netizen berasa sebak melihat video ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Jd roomate mangsa mesti sambil tolong kemas tu mencurah2 air mata keluar.. xleh bayangkan mcmn roomate arwah kemas brg2 ni.. mencurah2 air mata kerinduan.. “
” Bagusnya pihak Kolej tolong hantarkan barangan arwah, tak perlu keluarga kesana ambil. terima kasih sudah memudahkan urusan keluarga arwah.. “
” Tgk moto dorg mesti dorg sllu bwk kwn ii ronda ii naik moto tu kan.. sebaknya tgk,ya Allah xsanggup rasanya.mesti kawan2nya dlm mengemas tu sambil menangis kan.. “
” Bila hantar anak ke u ibu bapa mengharapkan segulung ijazah.. tp pulangnya jenazah.. Allahuakbar.. semoga keluarganya tabah.. AL Fatihah anak² syurga.. “
” Sedihnya Mesti time kwn2 dorg kemaskan brg2 tu nangis.. Berpisah cuti semester pun dah sedih ininkan pulak Berpisah utk slmanya scra tiba2 paling sakit… “
” Sdihnyaa lg2 tgk motor tu biasa blk kg bwk brg skit je tp ni selamanya dibawa pulang dan takkan kembali alfatihah. “
” Kesiannya roomate dyeorang, apa perasaan dyeorang bangun pagi tengok kawan dia dah takde. takde selamanya pulak tu dan lagi sedih kalau rapat. makan sama, solat sama, berbuka puasa sama allahuakbar.. “
Siapa sangka pada awalnya menghantar anak ke universiti berakhir dengan hanya membawa pulang barang-barang peninggalan mereka sahaja. Semoga roh kesemua 15 orang mangsa ditempatkan dalam kalangan orang – orang beriman. Al-Fatihah..

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Mummyween
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Masuk air betul Kepom ni, geram pula kita tengok. Penat tau gelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kita layan dia makan Mee Cintan 2 peket, kopi 3 cawan, lepas tu.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Merinding dengar suara Dekta ni, bayangan ibu sangat. Sumpah sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Habis dibuka yang tak sepatutnya, macam tu je dia spill.. ” – Komen Netizen

