Viral
” Saya pun banyak tertangguh dengan dia. Allah, saya ralat yang tu lah.. ” – Abang arwah Nurly Sahirah
Video abang arwah Nurly Sahirah (UPSI) berkongsi cerita mengenai Nurly buat ramai yang sayu. Sebak dengar apabila abang Nurly kata ada perkara yang belum sempat dia tunaikan untuk arwah..
Meninjau di akaun Instagram radio Era, telah dikongsikan yang memaparkan Geng 3 Pagi Era iaitu Haziq, Nabil dan Pak Azad menelefon abang kepada arwah Nurly Sahirah, salah seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam kemalangan bas persiaran di Gerik, Perak baru-baru ini.
Menerusi video itu, Haziq ada bertanya kepada abang arwah Nurly yang dikenali dengan nama Najmuddin mengenai keadaan ibu dan ayah arwah yang dikatakan masih lagi tidak putus dikunjungi orang ramai serta rumah keluarga arwah juga menjadi tumpuan pengunjung berziarah.
Kata Najmuddin, sehingga ke hari ini masih ramai yang datang dan paling jauh datang dari negara Hong Kong dan Singapura. Najmuddin yang merupakan anak keempat dari adik-beradiknya mengakui yang dirinya memang sangat rapat dengan Nurly memandangkan Nurly merupakan anak yang kelima.

Kata Najmuddin lagi, sebelum ini arwah ada mengajaknya untuk pergi ke beberapa tempat yang arwah ingin makan. Namun, ianya tidak kesampaian apabila Nurly sudah tidak ada lagi dan hal ini membuatkan Najmuddin merasa ralat kerana tidak dapat menunaikan keinginan arwah.
Tonton video di bawah ini :
Perkongsian ini membuatkan ramai tersentuh dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Begitu sekali Allah muliakan arwah didunia.. Tak terbayang kedudukan arwah disana. Kematian yang menginsafkan dan menghidupkan jiwa.. “
” Setiap kali lalu kisah Nurly nii mesti meremang bulu roma . MashaAllah.. Sebuah kematiannya yang sangat indah.. “
” MasyaAllah Tabarakallah.. Amalan Mu wangi di dunia dan akhirat.. Dua2 org yg hebat.. Abgnya pun pelajar imtiaz.. Hebat keluarga nya.. “
” Masyallah , kematian yg menghidupkan,dimuliakan, diangkat darjatnya plg tggi disisi Allah, allahuakbar.. Al- Fatihah buat arwah Nurly.. “
” Atas Dunia pun Allah dah bgi kemuliaan mcm ni pada dia, di alam sana pasti dia sedang berehat dgn tenang.. Ya Allah kurniakan kmi pengakhiran yg baik aamiin.. “
” Ramai Macam kenduri.. Kubur dia masih lg bau harum. Insyallah Sy juga akan ke sana, teringin nk cium haruman Dari negeri kekal abadi.. “
” Begitu lah Allah mengangkat darjat penghafal Al-Quran.. Masyaallah, betul2 sgt cemburu dgn kematian dia.. Matikan aku dlm keadaan baik, Ya Allah .. “
Selain itu, menerusi video tersebut juga ada dikongsikan ayah arwah Nurly menunjukkan laluan kepada pengunjung ke kubur Nurly yang dikatakan berdekatan dengan rumah keluarga mereka sahaja. Apa-apa pun, didoakan semoga arwah Nurly Sahirah dan rakan-rakan lain yang terkorban tenang di sana serta ditempatkan dalam kalangan orang yang dikasihi Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je, Facebook Najmuddin Azman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau tak tahu cakap tak tahu. Jangan reka cerita.. ” – Sahabat YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Astaghfirullahalazim, mommy cakap buat pilihan.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kepada yang kecam ni dan sampai sanggup keluarkan gambar lama ibu saya yang tak pakai tudung.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” First time dengar lagu Injit Injit Semut sedap macam ni. Alahai lenggoknya bukan main.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tarikh nak bagitahu tarikh berlakunya pernikahan persandingan tu bila.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tarikh telah ditetapkan, cuma.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti4 days ago” MasyaAllah tabarakallah, tengok lah leher dan dagu anak Mommy tu, berlapis-lapis. Sakan susunya pun.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti5 days ago” Baby dengar apa mummy cakap, sebab mummy suruh buat pilihan.. ” – Jebat Jayden

