Viral
” AllahuAkbar, jatuh air mata. Allah kabulkan doa Nurly.. ” – Komen Netizen
Perkongsian terbaru abang kepada arwah Nurly Sahirah (UPSI), Najmuddin Azman, coretan monolog Nurly yang ditulis dalam Al-Quran miliknya buat ramai tersentuh. Sebak baca ayat-ayat Nurly..
Hampir 2 bulan sejak peristiwa bas terbalik melibatkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris UPSI terjadi. Kisah anak-anak terpilih yang terkorban dalam nahas ini sehingga ke hari ini masih mengundang pilu di hati warganet setiap kali ianya dikongsikan.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Najmuddin Azman iaitu abang kepada arwah Nurly Sahirah, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan coretan monolog Nurly dalam Al-Quran miliknya. Kata Najmuddin, sedang dia membelek helaian Al-Quran Nurly, matanya tertumpu pada tulisan tangan Nurly itu.
Bukan mudah untuk menjadi seorang penghafaz Al-Quran atau Ahlul Quran. Banyak cabarannya dan ianya memerlukan semangat yang kental. Nurly juga seperti hafizah lain, berjuang untuk mencapai matlamatnya itu. Banyak kata-kata semangat yang Nurly coretkan sebagai peringatan kepada dirinya.

Antara ayat Nurly yang menyentuh hati warganet adalah dia perlu membanggakan kedua ibu bapanya dan bukan lah membuat ibu bapanya menangis kerana kegagalan. Allah makbulkan impian Nurly dan Nurly sekarang cukup membanggakan ayah dan ibu, pemergian yang sangat dicemburui.
Jom baca perkongsian di bawah :


Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Masha Allah.. “umi & abah susah pyh masuk kan mu sini, mu nak baals dgn gapo?” tapi loni lebih Dr tu yg dia dh bls Jasa2 umi & abah.. Serta bangga kan diorang.. Skligus Bawak kwbaikan kpd org lain jgk. Sguh murni hati dia.. Azam utk hafaz Al quran.. “
” Sungguh Allah makbulkan doa dia.. Dia dh banggakan keluarga, terutamanya ibu ayahnya, ibu ayah dpt tunai umrah. Dia belum dpt sijil perguruan, tapi dia dh didik kita semua agar memuliakan Al Quran… mungkin inilah maksudnya “pendidikan khas”. Semoga kita semua istikomah.. “
” MasyaALLAH TabarakALLAH Sungguh ALLAH dah kabulkan hasratmu Nurly. Kamu dh lebih membanggakan bukan saja Umi Dan abah serta keluarga tapi seluruh Malaysia smpai luar bangga dgnmu. Allahu.. “
” Aaaa keluar air mata kitaa.. teringat dia balik tusyen dulu2 bila jumpa je senyuman x pernah lekang.. Masyaallah tabarakallah… kata kata semangat berguna dan doa diamalkan elak lupa… cuba amalkan doa yang Nurly Sahirah Binti Azman baca dan hafal.. “
” Patut pak Azman kata Nurly Sahirah dpt habis Kan hafalan pd usia 15 tahun tingkatan 3 di imtiyaz… Terkabul doa beliau.. Wahai anak Syurga.. “
” Ya Allah berbahagialah insan pilihan Allah.. Arwah Nurly setulus hati tulis dalam Quran, betapa dia nak banggakan ibu ayahNya. MasyaAllah Allah kabulkan.. “
” Allahuakbar.. Jatuh air mata… Semoga dapat memberi Semangat kpd kita semua…. Betapa Nurly Sahirah inginkan Kan ilmu dunia & akhirat.. Dgn tidak melupakan Ibu bapanya.. “
Antara gambar lain yang turut dikongsikan oleh abang Nurly :


Kentalnya semangat Nurly untuk menjadi penghafaz Al-Quran dan yang lebih utama baginya adalah untuk membanggakan kedua ibu bapa. Al-Quran menjadi peneman hidup Nurly sehingga ke nafas terakhirnya. Semoga keazaman Nurly ini dapat membakar semangat kepada yang sedang berjuang untuk menjadi seorang hafiz dan hafizah.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Najmuddin Azman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti3 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dulu selalu tengok Rina makan, sekarang tengok Rian pula.. ” – Komen Netizen

