Artis / Selebriti
” Tak ada tapis-tapis, sebiji pula dia ikut.. ” – Netizen
Video Sherry Alhadad Meniru Gaya Nyanyian The Gadys Menyanyikan Lagu Cintaku Sampai Ke Ethiopia Ketika Live AJL 38 Buat Penonton Berdekah Gelak. Amboi, Sempat Lagi Sherry Membahan, Mak Gadys Katanya, Hehe !!
Meninjau ke satu akaun Instagram, perkongsian sebuah video yang memaparkan Sherry Alhadad meniru gaya nyanyian kumpulan The Gadys dengan menyanyikan lagu Cintaku Sampai Ke Ethiopia telah membuatkan ramai ketawa tidak kering gusi.
Sherry selaku pengacara dalam pentas akhir Anugerah Juara Lagu 38 bersama Alif Satar telah membahan kumpulan tersebut apabila mendengarkan perkataan ‘ gadis ‘ yang disebut oleh Alif. Secara automatik Sherry terus menyanyi dengan gaya kumpulan tersebut.
Sebelum ini, kumpulan The Gadys ter0k dikec4m ramai kerana telah membuat persembahan dengan nyanyian yang agak sumbang ketika di acara KNKV Viral Award 2024. Antara lagu yang dibawakan oleh mereka ialah Cintaku Sampai Ke Ethiopia.

Tindakan spontan Sherry itu telah membuatkan penonton di Axiata Arena berdekah gelak dan Sherry dalam nada bergurau ingin menyertai kumpulan tersebut sebagai mak Gadys. Perkongsian ini telah menerima lebih 13 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang tertawa apabila melihat video ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Kesian The Gadys kena kecam je la.. tersembur kek apolo pandan aku dr mulut .. tumpang gelak..X salahkan…. Hahahhaa sadis betol.. “
” Hahah senget la Sherry ni sis terhibur.. Terkejut mat… di bahan live, dalam AJL pula bersungguh ye. sebijik pulak dia ikot.. “
” BeSt giler sherry_alhadad & alifsatar smlm..akhirnyer pihak buat pilihan yg tepat utk pgacara AJL38, x bosan smpi abis siaran.. “
” Hahahaha tak ada tapis tapis.. Dorg mmg ade bakat terpendam..tp elok la pendam je bakat tue.. Hakak mmg suke sherry tau… “
” Haha start2 terus petik.. kaw2…pedas woo.. I is kenot tahan.. Bantai terus nyahhh.. Cam x patut plak…slot ni.. kaw kaw dia bg.. “
” Dh memang lagu,suara tak sdap… tumpang gelak gak.. Haha nazim punn kemain gelakk ehh.. the best host and award presenter. well done both.. “
” Sedap lg sherry buat. Gabungan pengacara yg mantap… and sentiasa up to date… good job@sherry_alhadad dan alifsatar .. “
Apabila Sherry begandingan dengan Alif selaku pengacara sememangnya tidak kering gusi dibuatnya. Adoi, sabar je lah melihat gelagat mereka. Boleh pula sama gaya nyanyian Sherry tu dengan kumpulan tersebut. Nampaknya boleh lah Sherry join kumpulan The Gadys selepas ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG RotiKaya
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sedapnya Hussain nyanyi lagu klasik. Jarang orang muda boleh nyanyi mendayu-dayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Part Hussain nyanyi tu memang padu habis lah dia tarik. Tapi bila turn Bos Mydin, berdekah aku, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Selangkah je lagi Jayden. Dah dekat tu baby, tak tertinggal jauh dah dengan Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lama betul ni tak nampak, betul-betul berubah. Dah ada leher lah Shuk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” I made my parents so proud with my performance.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti4 days ago” Fitnah dah semakin melampau. Awak seperti ada access semua personal melibatkan saya dan bekas isteri.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tak cakap Hussain nyanyi tak bagus. Hussain bukan vokal spec competition tapi.. ” – Ajai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wow, ngam pulak duet 2 beradik ni. Sedap sangat, legasi Papa Meng.. ” – Komen Netizen



