Artis / Selebriti
” Tahniah Cik B, bukan biasa-biasa weh. Tapi mana satu konvo tu, yang baju pink ke, hehe.. ” – Komen Netizen
Video sekitar majlis konvokesyen anak Dato’ Seri Vida, Cik B curi perhatian warganet. Wah gempak la pencapaian Cik B tu. Ramai bersorak masa Cik B dam DSV naik pentas, anak mama yang hebat..
Kehidupan usahawan popular, Dato’ Seri Vida dan anak-anaknya, Cik B dan Kacak seringkali menjadi perhatian warganet. Cik B anak yang baik dan sangat menghormati ibunya ini. Walaupun sibuk dengan perniagaannya, Cik B tetap bersemangat dan berjaya menghabiskan pengajiannya.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Dato’ Seri Vida, telah dikongsikan satu video yang memaparkan DS Vida menemani Cik B di majlis konvokesyen Cik B. Kelihatan menerusi video ini, nama Cik B diumumkan untuk naik ke pentas bagi menerima anugerahnya.
Cik B kini graduan UTMSPACE dan menerima pencapaian membanggakan dalam Professional Diploma in International Communication ( LEB ) serta Professional Certificate in Innovation and Strategy. Ramai yang memberikan sorakan semangat kepada Cik B ketika Cik B naik ke pentas.

Pastinya DS Vida merasa bangga dengan kejayaan Cik B ini. Segala penat lelah Cik B terbayar dengan apa yang diperolehinya itu. Warganet juga terhibur melihat DS Vida juga turut sama naik ke pentas sehinggakan ada yang berseloroh mengatakan DS Vida juga menerima anugerah.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Cara dia pandang mak dia. Mata dia mcm adore sngt2 dngn mama dia. Sngt loveeeeeeee.. Tahniah cikb.. tahniah Datu seri vida.. “
” Tahniah Cik B… doa mak dia weh.. cik b anak mama yang hebat.. Allah makbulkan betul.. Moga Sentiasa Sihat, Ceria & Sukses Selalu… Aamin.. “
” Congrats to CikB & proud mom DSV… CikB napok jelita la.. Mcm ada kesan lipstik dekat pipi cik B. Cikb kena cium dengan dato ka tu hahaha.. “
” Datuk seri Vida selalu cakap cik b anak mama yang hebat tu… kata2 ibu tu tajam bak pisau ya.. “
” Tahniah cik B.. cik B cantik sgt sama cam mummy… sgt cantik..l love cik B…. tp mana satu konvo tu, yang baju pink ke hehe.. “
” Cik b seorang anak yang hebat.. Alhamdulillah tahniah cik b. bukan biasa-biasa weh.. suka tengok dsv naik pentas dah macam hari anugerah cemerlang sekolah pulak hehe.. “
” Dalam diam cikb, anak muda yang gigih belajar dan mencari ilmu. Hebat anak mama ni, cik b memamg anak mama yang super hebat.. “
Kejayaan Cik B adalah bukti kesungguhan dan iltizam Cik B untuk menjadi seorang insan yang berjaya dan berilmu. Kata-kata DS Vida merupakan satu doa dan ibu-ibu lain boleh menjadikan ianya satu amalan juga. Apa-apa pun, tahniah Cik B dan semoga terus maju jaya selepas ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG DSV
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ya Allah, sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Uwais memiliki suara ibunya tetapi versi lelaki. Tone suara dia meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Terpukau dengar, tambah tengok dia dance tu, aww cair weh. Sampai melopong Dato’ AC.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aurat kau cakap dengan dia sendiri lah, saya dah letih.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti4 days ago” I could not give you the years we lost, but.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim
-
Artis / Selebriti6 days ago” Handsomenya Bilal, makin besar, makin handsome. Cair tengok Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mr E bagi great huge hint pada Erra tu. Time ni le dia buat muka dengan ayat kesian dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dah ler handsome, suara pun best dengar. Tak kaku atas pentas tu.. ” – Komen Netizen

