” T0uching pulak tengok video korang ni.. ” – Netizen

Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke- 12, Ajak Shiro Kongsi Video Perjalanan Kisah Cinta Bersama Isterinya Yang Buat Peminat Turut Tersentuh. Happy Anniversary Ajak Dan Cikgu Afifah !!

Meninjau ke akaun Instagram milik pelawak terkenal, Ajak Shiro hari lalu sempena ulang tahun perkahwinannya yang ke- 12 tahun. Selain itu, Ajak juga turut berkongsi kata ucapan romantis buat isteri tercintanya, Cikgu Afifah Amin.

Video yang dikongsikan Ajak itu memaparkan gambar-gambar perjalanan kisah cinta bersama isteri sejak di bangku sekolah lagi hinggalah ke alam perkahwinan. Video yang berdurasi 4:44 minit itu telah berjaya menarik perhatian ramai.

Ada peminat yang menyatakan bahawa hati mereka turut tersentuh apabila menonton perkongsian video oleh Ajak tersebut. Malah, peminat juga menyifatkan Ajak dan isteri antara pasangan yang setia dan menepati janji untuk hidup bersama.

Wow, walaupun telah mendirikan rumah tangga sudah 12 tahun dan mempunyai tiga orang cahaya mata, Ajak dan isteri masih romantik seperti baru kahwin yer. Hingga kini, perkongsian video tersebut telah ditonton sebanyak 212,687 tontonan sejak ia dimuatnaik ke Instagram.

Tonton perkongsian video tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, para peminat dan rakan artis turut memberikan kata ucapan ulang tahun perkahwinan buat Ajak dan isteri. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Allah hu, semoga kekal hingga ke Syurga. Rare lah awak zaman skolah ad0ii haha.. ” – Reen Rahim

” Mata masuk hab0k la tengok video nii .. ” – Kaka Azraff

” Alahhh, kita tgk, kita yang mengalirkan air mata. Happy Anniversary buat Ajak n Pipah. Semoga bahagia bersama keluarga tersyg hingga ke jannah.. “

” Alhamdulillah syukur. Selamat Hari ulang tahun abg dan keluarga. Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberkati Allah.. “

” Hppy aniversary Ajak n wife, semoga terus mnjadi psgn y setia hgga ke jannah. T0uching plak tgk video korang ni.. “

” Nang1s tgk video ni. Love sgt dgn couple ni, moga kalian bahagia hingga ke syurga yer Ajak dan isteri, amin.. “

” Suka sngt dengan love journey korang. Selamat ulang tahun perkahwinan Ajak dan Fifah, moga kekal smpai syurga.. “

Mungkin masih belum terlambat dari kami Berita Kopak mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan buat Ajak dan isteri, semoga kalian berdua akan sentiasa bahagia bersama kekal hingga ke syurga, amin.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Ajak Shiro

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..