Artis / Selebriti
” Sumpah, naik bulu roma. Dia nyanyi guna jiwa beb. Speechless sangat tengok Ajai peluk Hafiz .. ” – Komen Netizen
Video Persembahan Hafiz Suip Di Konsert By Ajai And Mega Friends Raih Pujian Ramai. Best Sangat Suara Hafiz, Penuh Penghayatan Dan Menusuk Ke Hati. Hafiz Sanggup Ulang Semula Menyanyi Sebab Mic Rosak. Part Ajai Peluk Hafiz Tu Touching Sangat !!
Hafiz Suip nama yang pernah menjadi sebutan ramai suatu masa dahulu. Bekas juara Akademi Fantasia ini menyepi dari dunia seni dan mengatakan dirinya tidak lagi relevan untuk terus berada dalam industri. Namun kerinduan peminat Hafiz terubat apabila Hafiz muncul dalam Konsert By Ajai And Mega Friends semalam.
Menerusi perkongsian video di akaun Instagram Astro Gempak dan Media Hiburan, telah dikongsikan video ketika Hafiz mempersembahkan lagu hitsnya berjudul Ku Akui. Suara Hafiz tidak dapat disangkal, memang sedap dan ada tone yang tersendiri.
Hafiz menyanyikan dengan cukup sempurna lagu ini dan penghayatannya itu sampai ke hati pendengar. Penonton juga bertuah semalam kerana Hafiz sudi mengulangi menyanyikan sekali lagi lagu tersebut gara-gara mic rosak. Bukan di atas pentas tetapi Hafiz turun ke bawah pentas dan betul-betul perform di hadapan peminat.

Ramai yang sebak kerana merindui penyanyi kesayangan mereka ini. Nyanyian Hafiz yang padu itu membuatkan segelintir warganet dijentik rasa sayu. Tindakan Ajai memeluk Hafiz setelah Hafiz selesai menyanyi juga menyentuh hati ramai yang menyaksikan detik ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sebak plk sya tgok.. pepun truskan dan kembalilh seperti dulu.. Ku akui you the best vocal hafiz.. ”
” Betul2 dia all out, nyanyi dari hati.. dia nangis sebab ramai yang sayang. Lagu mcm relate to his life.. ”
”Satu2 penyayi lelaki yg talented dlm membawa alunan suaranya yg merdu, merinding dgr & power… come back hafiz shuib to the best for your life… hargai Anugerah Allah berikan.. ”
” Dah 20 kali i ulang Bapak sedap suara hafiz kali ni.. kau boleh salam2 nyanyi dgn sedap mcm tu je hafiz. hebat comebackk.. ”
” Dia nyanyi guna jiwa beb.. jiwa dah bersatu dengan lagu, macam tu je dia lepaskan.. terima kasih Ajai, speechless sangat tengok Ajai peluk Hafiz .. ”
” Mungkin kita tak kenal. Tapi hafiz.. Keikhlasan nyanyian kau betul2 mendalam.. Walau ape pun saat sukar yang sedang ditempuhi.. Come back stronger brother.. ”
” Sumpah, naik bulu roma… maasyalah, permudahkan urusan hidupnya ya Allah, semoga boleh buat comeback,sbb hafiz suip tak pernah “mati” dlm hati peminat.. ”
Warganet yang menonton hanya menerusi media sosial pun sudah meremang bulu roma mendengar suara Hafiz, apatah lagi penonton yang mendengar secara live semalam. Hafiz seorang bintang yang tiada gantinya dan akan terus segar dalam hati peminat. Terus kuat Hafiz dan teruskan perjuangan Hafiz dalam dunia hiburan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak, Media Hiburan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya dengan abang saya tu, kami pernah tak berborak beberapa tahun tau. Jadi.. ” – Zaki Yamani
-
Artis / Selebriti3 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen

