Connect with us

Artis / Selebriti

” Sumpah meremang, bagus sangat bacaan Aisha. Beauty with brain ni.. ” – Netizen

Video Aisha Retno Mengaji Secara Live Dalam Rancangan Geng Ngaji Raih Pujian Ramai. MashaAllah, Merdu Dan Lunaknya Suara Aisha Mengaji. Part Taranumnya Tu Sedap Sungguh. Menyanyi Hebat, Mengaji Pun Hebat Juga !!

Nama Aisha Retno semakin menjadi perhatian sejak berjaya mendapat salah satu anugerah di Anugerah Juara Lagu baru-baru ini. Aisha antara penyanyi pelapis yang mempunyai suara yang hebat dan ada potensi untuk terus bersinar dalam dunia seni tanahair.

Meninjau Youtube channel My Salam Muslim, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Aisha menjadi tetamu jemputan untuk mengisi slot mengaji untuk episod pada petang tersebut. Aisha membacakan surah Al-Kahfi ayat 25 dan 26.

Klik gambar untuk info..

Penyanyi dan komposer ini ternyata mempunyai kemahiran mengaji yang bagus. Sebutan dan alunan suara Aisha itu membuatkan semua panel memujinya. Ini yang dikatakan beauty with brain, tidak hanya pandai menyanyi tetapi mengaji juga power.

Alunan taranum yang Aisha bawakan juga mendapat perhatian semua. Kata Aisha, dia tidak berapa pandai tetapi dia cuba untuk memperdengarkan bacaan yang terbaik. Tenang hati dengan suara Aisha itu, sama seperti Zizi Kirana yang pandai bertaranum.

Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet setelah menonton video Aisha mengaji yang dapat kami kongsikan bersama pembaca :

” Tahniah aisyah retno, tone besar, nafas panjang… ada tarannum juga bagus .. Bagus sangat2 bacaan Aisha. Looking forward to banyak lagi video2 Aisha mengaji.. ”

” Tu sebab jgn judge org dr luaran.. bresangka baik lah pada semua orang.. dia blaja kat UM kan.. tulah semua dia pndai.. smpai ke akdemik.. ”

” Betul la orang-orang cakap kalau pandai nyanyi mesti pandai mengaji…sedap suara dia.. suara Aisha ni sedap sangat doo.. ”

” Macam arwah sharifah Aini, sedap suara Aisha mengaji. Sempurna bacaan dia, sedap didengar dengan taranumnya.. ”

” Aisha sedapnya, beauty with brain ni.. Aisha ni pakej la, serba boleh. aisha retno mengaji sambil menyanyi.. ”

Klik gambar untuk info..

” Bukan stakat pndai menyanyi tapi pandai baca alquran.. dunia dan akhirat sehala, sebak, tahniah aisha.. ”

” Sumpah meremang, aku semput dah kalau takde berhenti ni tapi Aisha maintain je suara. Dah lah cantik pandai mengaji pulak, salute lah.. ”

Terbaik lah Aisha, pandai seimbang dunia dan akhirat. Target untuk khatam Al-Quran, insha Allah pasti boleh dilakukan. Apa-apa pun, bacaan yang baik dan semoga Aisha melaksanakan misi khatamnya dan terus sebarkan kebaikan untuk semua pengikut Aisha.

Tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : Youtube Channel My Salam Muslim, Tiktok Ohmedia

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT