Artis / Selebriti
” Suka tengok Rina. Lagi-lagi bila diajar bab agama.. ” – Netizen
Video Gelagat Anak Maryam You Narae, Rina Mengikut Bacaan Surah Al-Fatihah Raih Perhatian Ramai. Alahai Comel Betul Rina. Budak Bijak Ni !!
Kanak-kanak sejak dari kecil lagi sangat sesuai diajar dengan ilmu pengetahuan dan juga agama kerana mereka sangat mudah mengingati. Pada usia kecil mereka mudah menyerap apa sahaja yang dipelajari dan sangat penting buat ibubapa menerapkan perkara-perkara yang baik.
Meninjau ke akaun Instagram Duriankimchijr, perkongsian sebuah video yang memaparkan gelagat anak Maryam You Narae iaitu Rina sedang mendengar surah Al-Fatihah telah meraih perhatian ramai. Rina juga cuba mengikut bacaan surah tersebut.
Nampaknya Rina seperti sudah biasa mendengar surah Al-fatihah kerana Rina boleh mengikut bacaan surah tersebut walaupun tidak begitu pandai menyebutnya lagi. Alahai, comel betul Rina sambil tersenyum dan tersengih mendengar bacaan tersebut.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 5 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Didikan yang diberikan oleh ibubapa Rina sangat bagus kerana tetap menerapkan ilmu agama walaupun Rina masih kecil.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang mendoakan yang baik-baik buat Rina agar menjadi anak yang solehah. Antara komen-komen yang diberikan :
” Masya Allah..pandainyee.. Habis nyamuk ketik muko dio. Minat sgguh nyamuk kt dio. Moga jadi anak solehah rina ..”
” Comel jer cam rizal.. Ger4m tngok telatah rina comel sgt.. Masyallah Tabarakallah semoga Allah SWT menjadikan Rina anak yang solehah Aamiin Ya Mujib.. “
” So cute mengaji… Makin susut dh princess ni. Yipuda.. MasyaAllah tabarakallah Allahuakbar, InsyaAllah hafizah.. comel.. “
” Masya Allah slowly but surely she will be there Aunty love you Rina comel . Alhamdulillah Rina. Semoga jadi Anak Solehah. Amin.. “
” Makin susut dh princess ni. Yipuda,, cerdik pandai Rina ni. semoga jadi anak solehah .. Masya Allah pintar bijak.. Good girl,luv you.. “
” Suka tengok Rina. Lagi2 bila di ajar bab ugama.. MashaAllah.. Semoga Rina jadi anak yg berjaya dunia & akhirat insyaAllah .. “
” Alhmdulilh bak kata de keberkatan ank2 mngenal surah2 hafazan dari awal2 mngenal.. Cerdik bdk ni masyaallah .. pandainya rina.. “
Alahai, geram melihat keletah si comel Rina yang sentiasa murah dengan senyuman. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Rina membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah serta sentiasa menjaga agamanya. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG DurianKimchijr
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti7 days ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Janganlah lebih-lebih Mommy, malu lah.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti3 days ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Patutlah Ayash cakap adik Shuib, tengok lah time dia buat muka tu, sebiji bapak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya mungkin tak dapat cari lelaki sebaik Razzi di luar sana.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Akak nurse tahun ni tak perlu ambil cuti, kalau nak cuti just suruh Mek Yun masuk shift je.. ” – Komen Netizen



