Connect with us

Artis / Selebriti

” Suka tengok Arif Jiwa makan, Ara buat apa itu.. ” – Netizen

Tya Ariffin Kongsi Video Anaknya, Arif Jiwa Asyraf Sedang Menikmati Makan Tengahari. Amboi Bukan Main Berselera Lagi Arif Makan, Siap Hirup Lagi. Gelagat Azzahra Jiwa Juga Buat Ramai Terhibur !!

Pastinya sebagai ibu akan berasa bangga dan seronok apabila melihat anaknya makan dengan begitu selera makanan yang dimasak olehnya. Apatah lagi apabila melihat anak makan makanan tersebut sehingga habis. Begitu juga perasaan Tya Ariffin terhadap anaknya Arif Jiwa Asyraf.

Meninjau ke laman Instagram milik Arif, telah dikongsikan sebuah video di mana Arif sedang menikmati makanan yang disediakan dengan begitu selera. Arif makan makanan tersebut sehingga l1cin dan turut menghirup kuah dan makanan yang ada pada pinggannya itu.

Seronok melihat Arif makan dengan selera dan paling penting Arif pandai menjaga tatasusila di meja makan. Jarang sekali melihat kanak-kanak yang seusia dengannya makan dengan tertib dan tidak com0t. Berbeza dengan adiknya, Azzahra Jiwa atau Ara yang dapat dilihat sedang bermain dengan tray bake.

Arif dilihat menikmati makanan tanpa langsung mempedulikan adiknya yang sedang bermain. Ketika menghabiskan makanan dalam pinggannya, Arif sempat bertanya sesuatu kepada Tya. Tya menjawab itu adalah kulit tomato. Arif kemudian dilihat makan kulit tomato itu secara perlahan-lahan.

Jom tonton video di bawah :

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut laman Instagram Arif memuji dan berasa seronok melihat cara makan Arif yang nampak begitu selera. Ada jua yang memuji Tya kerana pandai mencorakkan pola pemakanan yang baik untuk anaknya itu. Antara komen-komen yang dit1nggalkan :

” I love watching kanak2 with good appetite.. Eating proper food.. Nampaknya ibu bapa sukses mncorak pola makan yg baik pada anak2 tersebut.. Onty truly love this.. “

” Berselera nya arif.. Sedap betul bang arif ni makan.. ara buat apa ituu.. Comel la abg arif ni.. Sedapnyaaa arif makan tknk suap kakak ke.. “

” Suka tengok arifjiwa mkn.. pandai mkn sayur.. berseleranya arif.. Macam sedap tengok abang arif makan.. “

” Tgh2 fokus tgok abg makan.. tiba2.. jeng2.. Bijaknya dah laa cute.. hahaha panjang akal ara nie.. Adik ready to bake.. Ara mau bake apa tu ?.. “

” Lapar pulak tgk ariff makan.. berselera betol bdk kiut ni.. Pinternya arifjiwaasyraf makan.. Ara pakai apa itu ?.. so cute adik-adik.. “

” Ya Allah pandai btul arif makan sendiri. L1cin plak tu.. Bsar dh Arif.. hansome lh dia.. Pandainya makn sendiri.. Seronok tengok Ariff mkn berselera benar dia.. “

” Automatikku tergelak tengok si kecik tu .. Knp abang Arif pakai t0ncet?.. Comel sjaq pokok kelapa tuk.. Alololo cutenya abg Arif toncit rambut mcm tu.. “

Memang kagum melihat cara Arif makan apatah lagi makanan yang dihidangkan adalah makanan yang sihat dan seimbang. Dapat dilihat Tya juga menerapkan adab makan yang baik untuk anaknya itu. Pastinya Tya sebagai ibu sangat bangga dengan sikap yang ditunjukkan oleh Arif.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Arif Jiwa Asyraf, Tya Ariffin

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT