Connect with us

Artis / Selebriti

” Suka sangat tatap wajah isteri Mark, cantik.. ” – Netizen

Gambar-Gambar Sekitar Sambutan Ulangtahun Perkahwinan Mark Adam Dan Isterinya. Amboi Romantik Juga Mark Ni Yer, Part Tenung Isteri Tu Sweet Sangat !!

Mark Adam atau nama Islamnya Fikri Mark Adam Abdullah dikenali ramai sebagai seorang penyanyi, pelakon dan mempunyai bakat sebagai pelawak. Mark  dilahirkan di Cebu, Filipina dan mula berhijrah ke Malaysia pada tahun 2001. Berstatus penduduk tetap, Mark juga merupakan seorang guru vokal di Petaling Jaya, Selangor.

Nama Mark  memang tidak asing bagi penggemar lagu tempatan seperti Sampai Nanti, Jika, Bukan Cinta dan banyak lagi. Lagu-lagu Mark juga turut menjadi runut lagu bagi drama-drama di televisyen seperti Cik Bunga Encik Sombong, Mr. Boss Miss Stalker dan lain-lain.  Mark juga turut berlakon dalam drama, filem dan telefilem.

Umum mengetahui Mark telah mendirikan rumahtangga dengan Nor Azah Redzuan yang juga merupakan pengurusnya. Kini telah genap 17 tahun mereka melayari bahtera rumahtangga. Cara Mark yang bersahaja dan romantik sering menjadi tumpuan.

Hasil tinjauan kami, Mark telah berkongsi gambar sambutan ulangtahun perkahwinannya yang ke 17 di akaun Instagram miliknya. Mark meraikannya bersama isteri tersayang, Nor Azah Redzuan di Mafioso Shellaut. Gambar pasangan sama cantik sama padan ini nampak begitu mesra dan bahagia sekali. Alahai romantik sangat Mark !!

Ikuti perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN untuk melihat gambar seterusnya.. )

https://www.instagram.com/p/CEjiCgLljCV/

Gambar perkongsian sempena ulangtahun perkahwinan Mark telah mendapat perhatian netizen. Rata-rata mendoakan kebahagian pasangan ini smpai ke syurga dan mendoakan zuriat buat mereka. Antara komen-komen netizen :

” Tahniah Mark n wife… Kita sama anbesari on Ogos.. Moga bahagia sampai bile2.. “

” Selamat ulangtahun perkahwinan abg & akak.. Semoga perkahwinan kalian diberkati & dirahmahti Allah S.W.T dan perkahwinan kalian kekal hingga syurga juga semoga kalian dikurniakan rezeki anak buat pengikat kasih kalian berdua.. “

” Semoga kebahagiaan kalian sekeluarga bertambah barakah sakinah mawaddah warrahmah dunia akhirat till jannah firdausi.. “

” Semoga bahagia hingga ke jannah Mr n Mrs Mark adam.. Tahniah Mark n Isteri.. semoga dpt. anak cpt2.. “

” Happy Anniversary sa inyong dalawa.. Happy anniversary po sainyo.. Semoga Allah kurniakan cahaya mata yg terindah po sainyo dlawa.. “

” Happy Anniversary Mark n Ezan. May you both be together forever till Jannah. Aamiin. Sorry that we missed out the celebration. I am glad to see that it was a great night. In Shaa Allah we will see u soon.. ” 

” Suka sgt tatap wajah isteri Mark, cantik n menarik, moga kekal jodoh till Jannah.. “

Suka sangat melihat kebahagiaan pasangan ini. Marilah kita sama-sama doakan kebahagiaan mereka sehingga syurga, dan dikurniakan zuriat sebagai penyeri rumahtangga. Semoga Mark terus berkarya dan berjaya dalam bidang yang diceburi. Amin.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Mark Adam

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT