Artis / Selebriti
” Part last tu kelakar. Mostly anak perempuan anak kesayangan ayah.. ” – Netizen
Video Ajak Shiro Kena Pr4nk Ketika Mengajar Anaknya, Nada Soffea. Alahai, Anak Pun Pandai Pvnchline Juga !!
Pelakon, pelawak serta penyampai radio iaitu Ajak Shiro sudah tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air. Ajak mula mencipta nama ketika menyertai pertandingan Raja Lawak musim keenam bersama rakannya iaitu Shahrol Shiro dan membentuk kumpulan dengan nama Shiro.
Ajak telah mendirikan rumah tangga bersama seorang guru, Nur Afifah Amin dan dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata yang menjadi penyeri rumah tangga mereka. Sepanjang penglibatan dalam karier seni, Ajak sudah beberapa kali mendapat kemenangan dalam petandingan lawak.
Menjenguk ke laman Instagram Ajak, beliau sememangnya mempunyai jumlah pengikut yang sangat ramai iaitu mencecah seramai 2.8 juta orang. Ajak juga sering mengemaskini akaun media sosialnya ini sebagai perkongsian bersama para peminat.

Menerusi satu entri di akaun Instagram, Ajak telah memuatnaik satu video di mana sedang mengajar anaknya untuk berjalan sambil menutup mata di tepi kolam renang di halaman rumah mereka. Nada Soffea merupakan anak bongsu pasangan ini kelihatan begitu asyik mendengar arahan si bapa.
Namun lain pula yang dilakukan oleh Nada untuk mengusik bapanya. Jom tonton video di bawah :
Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat anak-beranak ini. Antara komen-komen mereka :
” Hahahha k part last tu kelako.. ‘nada bukak mata sikit…’ “
” Nadaa… Nadaaaa.. Mostly anak perempuan ank kesayangan ayah.. comel nada.. “
” Cute jaaa.. keluarga bhgia ini hingga ke syurga. Aura bhgia tu terasa.. “
” Hahahaha nada bukak mata.. Loving and happy family.. suka tengok… “
Pandai Nada mengenakan bapanya dengan membuka sedikit mata ketika berjalan. Kalau tidak pastinya jat0h ke dalam kolam kan !! Semoga Ajak sentiasa bahagia bersama keluarga tercinta dan hubungan suami isteri berkekalan selamanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ajak Shiro
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wow, Raudhah speaking bunyi slang British… ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Love sangat Janam Janam versi Hussain ni. Ni la penghibur, semua dia tapau.. ” – Komen Netizen

