Connect with us

Artis / Selebriti

” Suka dengar Isaac cakap. English tak over, BM pun elok.. ” – Netizen

Video Gelagat Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Ingin Membeli Aiskrim Raih Perhatian Ramai. Petah Sungguh Isaac Berkata-Kata. Ramai Puji Isaac Suka Cakap Bahasa Melayu !!

Isaac Raees merupakan cahaya mata pasangan selebriti, Zahirah Macwilson dan suaminya, Aiman Hakim Ridza. Meninjau ke satu akaun TikTok, perkongsian sebuah video yang memaparkan gelagat Isaac ingin membeli aiskrim di sebuah pasaraya telah meraih perhatian ramai.

Isaac berlari-lari ke arah bapanya dengan menunjukkan kedai aiskrim dan meminta untuk membelinya. Apa yang paling mencur1 perhatian ramai ialah kepetahan Isaac bertutur dalam bahasa melayu apabila bersama ibu dan bapanya.

Klik gambar untuk info..

Ini kerana kebanyakan orang zaman sekarang lebih mementingkan bahasa Inggeris berbanding bahasa ibunda. Tambahan pula Isaac memiliki darah kacukan yang mana ibunya merupakan kacukn Melayu dan British. Malah Isaac selalu berulang alik ke Perth, Australia bertemu neneknya.

Perkongsian video ini telah menerima  lebih 30 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Jika anda mengikuti akaun Instagram Isaac, dapat dilihat Isaac banyak bertutur dalam bahasa Melayu berbanding bahasa Inggeris.

Jom tonton video di bawah :

@fansofisaacraees

Isaac nak ice cream 😋😋 #zahirahmacwilson #aimanhakimridza #aimanhakim #zahirah #isaacraees

♬ original sound – Fanpage Aiman Zahirah Isaac – Fanpage Aiman Zahirah Isaac

Di ruangan komen, ramai yang memuji kepetahan Isaac bercakap tanpa sebarang pelat. Antara komen -komen yang diberikan :

” Suka dengar Isaac cakap. english tak over, bm pun elok.. Sy respect isaac…walau mummy daddy dia boleh je berbahasa inggeris tapi di ajar anak bhs melayu. Dua 2 bhs pandai.. “

” Happynya dia..seronok dgr dia ckp melayu…klu Ank org lain sibuk nk ckp English… Comel la isaac, muka mat saleh cakap melayu kerlassss.. “

” Pandainya dia cakap seronok dengar muka omputeh cakap melayu tak de pelat langsung.. makin petah isaac lah.. B Melayu.. English boleh.. Mummy n Daddy soft Spoke.. “

” Petah Isaac ckp Melayu walau dia cucu kacukan dan slalu blk kg di Aussie jumpa atuk nenek.. bgus nmpk natural, tk pyh gigih nk show off ank speaking even yg parent tkde mix pun.. “

” Suka tgk anak kacukan cakap Melayu. Tak payah nak mat salleh sgt. Bukan tak boleh bertutur bahasa English, sebab English language universal.. “

” Hari Tu jumpa dia kt BR tekun dia makan icecream dgn Mumy dady So cute. Aku x perasan mak ayah dia aku perasan isac Mmg dia Ckp Melayu je dgn parents dia.. “

” Bagus cakap melayu, bukan tak boleh berbahasa Inggeris tapi kena bertempat. Ni zaman skarang mak pak kat umah ke pi Mall ke pi umah sedara mara semua nak cakap omputih dgn anak2.. “

Klik gambar untuk info..

Alahai, comel betul Isaac dengan mulutnya yang banyak cakap. Tahniah diucapkan kepada Zahirah dan Aiman kerana mendidik Isaac petah berkata-kata dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Semoga Isaac Raees membesar dengan sihat dan menjadi anak yang berjaya di dunia serta di akhirat. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : TikTok Fanof Isaacraees

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT