Artis / Selebriti
” Kecil kecil budi bahasa dah tinggi Ameena ni. Sejuk hati dengar Ameena cakap.. ” – Netizen
Video Perbualan Antara Shakilla Khoriri Dengan Anaknya, Ameena Sofia Cur1 Perhatian Warganet. Alahai Sopan Santunnya Ameena Cakap Dengan Umi. Ayat Tu Touching Betul Dengar, Anak Yang Baik Ameena Ni !!
Perkahwinan pelakon Shakilla Khoriri dan seorang penyampai radio dikurniakan seorang anak perempuan yang dinamai sebagai Ameena Sofia. Manja dengan panggilan Ameena, anak kecil ini membesar dengan penuh kasih sayang dan dididik dengan didikan yang sempurna.
Meninjau entry terbaru di akaun Tiktok Shakilla Khoriri, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Shakila membawa Ameena keluar bersiar-siar. Pada paparan video ini, hanya difokuskan kamera ke arah Ameena sahaja. Ameena memulakan perbualan dengan mengucapkan terima kasih kepada Uminya ini kerana membawa Ameena keluar.
Petah betul mulut Ameena ini, sama seperti uminya apabila bercakap. Tambah Ameena lagi, jika uminya marah pun Ameena tetap sayang Umi kerana marah itu tanda sayang. Alahai baru 4 tahun usianya sudah pandai menjaga hati ibu lah Ameena ni.

Sejuk hati mendengar suara lembut Ameena apabila bercakap dengan Shakilla. Sudah lah comel, sopan santun pula tu. Pandai Umi Ameena terapkan dalam diri Ameena adab yang baik ketika bercakap. Warganet pun geram mendengar perbualan Ameena ini, sweet sangat Ameena.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@shakillakhoriri Kita JAGA kita. ❤️
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Kecik kecik budi bahasa dah tinggi Ameena ni.. Sejuk hati dengar Ameena cakap. Pandai jaga hati orang tua.. ”
” Eee comey la solehah girl ni.. semoga Allah cukupkan segalanya untuk ameena sofia.. lembut je bercakap, melting dengar.. ”
” Tq umi bawa jalan jalan.. i love you…. owhhh sweetie girl.. Moga membesar dengan sihat. Jadi anak yang solehah.. ”
” Banyak kali play video ni. Sayang you both jugak.. Cerdiknya Ameena.. sebab sayang lah tu geram je dengar. bijak sangat ni.. ”
” Pandainya Ameena bersembang.. anak saya pun suka ckp mcm nie, “terima kasih umi bawak adik g tido hotel” terus rasa touching.. ”
” Cute dan bijak Ameena ni.. Sweet je ayat dia untuk umi ye. pandai dia brckp pndai amik hati mummy dia.. good girl.. ”
” Comel sangat, kecik kecik tapi cakap petah benooo.. smooth je dia cerita umi marah dia.. cuteee.. ”
Touching juga ayat Ameena, sweet pun ada. Suka warganet mendengar perbualan Ameena dan Uminya ini. Semoga Ameena terus menjadi anak yang baik, anak yang solehah kepada Umi dan dikurniakan kebahagiaan dan kegembiraan selalu bersama Umi tersayang.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Shakila Khoriri, ig shakila khoriri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Keluarga2 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen

