Artis / Selebriti
” Sporting habis lah tengok Rita layan murid-murid dan cikgu-cikgu semua.. ” – Komen Netizen
Video Rita Rudaini hadir memeriahkan majlis sambutan Aidilfitri di sekolah anaknya, Airit Rayyan Rizqin raih perhatian ramai. Cantiknya Rita, sporting sungguh. Sekali pandang dah macam cikgu lah Rita..
Bagi yang mengikuti perkembangan pelakon Rita Rudaini, pasti mengetahui yang Rita sering berkongsi kisah perjalanan hidupnya membesarkan dua orang anaknya. Perkongsian Rita itu juga turut menjadi inspirasi buat wanita khasnya ibu tunggal di luar sana.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Rita, telah dikongsikan video yang memaparkan Rita hadir memeriahkan majlis sambutan Aidilfitri di sekolah anaknya, Airit Rayyan Rizqin di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sungai Besar, Selangor.
Kehadiran Rita di majlis tersebut ditemani seorang lagi anaknya, Airit Qaqa Arjuna. Rita kelihatan begitu anggun mengenakan baju kurung Pahang dan bertudung bawal. Menerusi video itu, Rita mengabadikan kenangan bergambar dan membuat video gelagat guru-guru, waris-waris dan anak-anak murid di sekolah itu.

Perkongsian video oleh Rita ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang memuji Rita kelihatan sangat cantik. Seloroh mereka, Rita sudah seperti seorang guru yang diminati ramai ketika majlis tersebut kerana ramai yang mahu bergambar bersamanya.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video oleh Rita dan pelbagai pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Sporting habis lah tengok Rita layan murid-murid, cikgu-cikgu semua.. Mesti semua teruja dapat bergambar dengan Rita kan.. “
” Musti diorang pon seronok dpt jumpa Rita Rudaini.. Cantik betul tengok Rita bertudung bawal macam tu, nampak muda sangat.. “
” Mula2 ingt kan cikgu td .. Tengok2 eh sis ritrud727 rupanya .. Cantik nya bila pakai tudung, nampak manis sangat2 kalah manis gula tau.. “
” Sumpah..Lawo giler ritrud727 pakai tudung.. Pakai style bawai lagu tu npk muda baq hang.. Kita tengok pun terus jatuh hati, hehe.. “
” Alhmadulillah. meriah betul kali ni. Seronok tengok.. Pesen org sambut raya kat sekolah tapi ritrud727 lagi popular dari pengetua, haha.. “
” Cantiknya Cikgu Rita bertudung. Nampak muda.10 tahun.Sejuk mata memandang kejelitaan anugerah Ilahi. Moga RR istiqomah ya sayang.. “
” Alhamdulillah.. Cantik sgt bila bertudung, moga ini menjadi permulaan utk terus tutup aurat untuk Rita.. Kami peminat sentiasa doakan yang terbaik buat Rita.. “
Meriah sungguh majlis yang diadakan di sekolah Rayyan. Rita juga kelihatan begitu seronok dapat memeriahkan majlis. Selain itu, ada juga peminat Rita yang mendoakan semoga Rita akan terus memakai tudung kerana Rita kelihatan begitu manis dan nampak lebih muda.

Silakan SHARE..
Sumber : IG ritrud727
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sedihnya baca perbualan ni, tersusun je kata-kata arwah kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Yer, saham dia tinggi sekarang ustaz.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Auhh sweet, nak pengsan dah ni dengar ayat YB. Blushing kami YB oii, pengakuan paling mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Istilah padan muka, pada saya ini adalah.. “- Nubhan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Comel je ajar Granny dia Bahasa Melayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kak Rozi satu dalam sejuta. Sedih pulak dengar ucapan last Tokti tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” AllahuAkhbar, indah aturan Dia. Sedihnya tengok video ni, dua-dua dah tak ada.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hari kejadian comel ye masing-masing. Saham abang Jep dan kak Sari untuk ke syurga.. ” – Komen Netizen

