Artis / Selebriti
” Pingat bukan sekadar lambang, ia bukti keberanian berdiri walau ramai tak sehaluan. Salute.. ” – Komen Netizen

Perkongsian terbaru Rita Rudaini setelah menerima Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Perlis raih perhatian warganet. Tahniah Rita, bukan semua orang boleh terima pingat ni. Bangga dengan Rita..
Menerusi perkongsian terbaru pelakon cantik Rita Rudaini, telah dikongsikan sekeping gambarnya ketika berada di singgahsana Istana Arau semalam. Rita turut mengkhabarkan satu berita gembira dan ianya pencapaian terbaik yang diterima sepanjang hidupnya itu.
Rita merupakan salah seorang tetamu VVIP di Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Perlis kali ketiga sempena Ulang Tahun Keputeraan ke 82 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail di Istana Arau, Perlis semalam.
Asbab penglibatan Rita dalam dunia seni dan banyak kerja amal yang dilakukannya membuat namanya diangkat sebagai penerima pingat. Rita tidak lupa mencoretkan ucapan terima kasihnya kepada Exco Kerajaan Negeri yang terlibat dalam majlis semalam.
Tambah Rita lagi, tanpa rakan-rakan artis, penerbit, pengarah dan semua penggiat seni, dirinya tidak akan berada di situ. Ianya satu kebanggaan apatah lagi untuk seorang ibu tunggal seperti Rita. Segala usaha kerasnya membuahkan hasil dan diiktiraf oleh Sultan Perlis.
Jom baca perkongsian di bawah :
Sehingga kini, ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian tersebut. Rata-ratanya mengucapkan ucapan tahniah kepada Rita atas pencapaiannya itu. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Alhamdulillah, tahniah ampa.. Pingat bukan sekadar lambang, ia bukti keberanian berdiri walau ramai tak sehaluan. Salute, Mummy Rita Rudaini.. From one of ibu SUBES with love.. “
” Alhamdulillah Tahniah Sis ritrud727 Bkn mudah utk kecapi pengiktirafan Besar sebegini.. KAMI RRFC tak tahu nk described mcmna terlalu heppi & bangga satu persatu kejayaan buat Sis.. “
” Tahniah Rita, terus success selalu.. u mmg layak dapat this perhargaan.. im so proud of u sis.. u alwsys be my idol.. datuk rita rudaini.. “
” Tgk akak n pencapaian akak,teringat kisah Maia Estianty … bangkit Mandiri hingga akhirnya Allah temukan susuk yg terbaik bagi dia dah skrg dia lebih bahagia baik harta mau jiwa berkat sabar dan berserah semua pada Allah. sy doakan kak one day nt Pon begitu. tahniah kak.. “
” Tahniah Datuk Rita Rudaini.. syukur alhamdulillah.. wanita dan ibu tunggal yang kental jiwa raga.. wanita yang mampu gegarkan dunia.. “
” Alhamdulillah tahniah perempuan cantik Perlis.. so ada gelaran datuk ye.. berkat kesabaran dari setiap dugaan.. from single mother to another single mother… fly high rita.. “
” Alhamdulillah Syukur ke Hadirat Allah tahniah kak rita.. boleh panggil datuk Rita Rudaini la kan.. bangga tengok ibu tunggal sekuat Rita ni.. “
Satu kejayaan yang menjadi memori indah untuk Rita dan membakar semangat untuk Rita terus mengharumkan nama negeri kelahirannya itu. Tahniah Rita daripada kami di Berita Kopak atas pengiktirafan ini dan semoga Rita lebih success dan bersinar pada masa akan datang.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Rita Rudaini
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pandai Bella jawab, good answer. Keep going strong Bella.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Sangat limited nak jumpa yang perangai macam arwah Nurly ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Terkantoi pulak dah, ni bukti kukuh ni. Manja betul dengar Bella panggil YB macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago
” Dengan papa sekali terasa hina. Terbahak lah aku dengan ayat Amayan ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bunyi batuk daddy tu yang mahal, dah pandai ajuk daddy ye Zara, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Legend la Ayash, dia boleh ingat lirik. Lagu tak boleh bawa bincang pula tu.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” Sedihlah, menitis air mata bila dengar dia cakap suami dah tak ada.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Meremang dengar suara dia, serius merdu. See, yang pernah dia kecam dulu.. ” – Komen Netizen