Artis / Selebriti
” Sopan dan manis isteri MK ni. Alahai sweetnya, kita pulak tersenyum-senyum tengok.. ” – Netizen
Video Majlis Akad Nikah Penyanyi Rap, MK K-Clique Bersama Pasangannya, Siti Hajaar. Sama Cantik Dan Sama Padan, Sopan Sangat Isteri MK. Ada Yang Kata Iras Hannah Delisha. Part Serah Mas Kahwin Tu Sweet Sungguh Ayat MK, Cair Dengar !!
Sebagaimana ura-ura yang bertebaran sebelum ini mengenai penyanyi rap, MK K-Clique bakal mengakhiri zaman bujangnya, hari ini tercipta sejarah baru buat MK. Gadis pilihan hatinya yang bernama Siti Hajaar Syeikh Nordin akhirnya menjadi milik MK.
Baru sahaja sebentar tadi, telah berlangsungnya majlis akad nikah MK dan Siti Hajaar. Bertempat di Masjid Jami’il Huda, Ampang seluruh keluarga menjadi saksi hari bahagia MK ini. Meninjau akaun Instagram Media Hiburan, beberapa buah posting telah pun dimuatnaik.
MK yang mengenakan baju Melayu putih dipadankan dengan sampin yang berona putih juga kelihatan segak. Siti Hajaar juga cantik dan ayu dalam busana pengantinnya. Sopan bajunya, itu antara pujian yang diberikan oleh peminat terhadap Siti Hajaar.

MK kelihatan begitu tenang dan hanya dengan sekali lafaz sahaja, akad nikahnya selesai dijalankan. Ketika MK menyerahkan mas kahwin kepada Siti Hajaar, ramai yang tersenyum mendengar MK memberikan ucapan ‘ Assalamualaikum sayang’ kepada isterinya itu. Alahai so sweet lah MK ni.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Masya Allah Alhamdulillah, semoga berbahagia hingga ke jannah. Aamin.. Nasib MK tak rap akad tu haha.. Tahniah MK dan isteri.. ”
” Allhamdulillah semoga mahligai yg dibina kekal sampai ke hujung nyawa.. mas kahwin 302 dah macam lagu dia pulak.. ”
” Sopan dan manis isteri MK ni. Pandai MK cari isteri.. Sopan baju loose tudung lagi.. Ada iras Hannah Delisha.. ”
” Cantik bebanau memang kena betul dengan MK yang handsome tu.. Pandai MK pilih isteri, sopan dan lawa.. ”
” Cantik, sopan dan simple. Sekali pandang macam Hannah Delisha pun ada.. Air muka dia lembut je.. sesuai dengan MK.. Tahniah MK.. ”
” Peh mas kahwin pun 302 pu pu putarannya.. Alahai sweetnya, kita pulak tersenyum-senyum dekat sini menengoknya.. Selamat pengantin baru sweet je wife cantik.. ”
” Aduh dengar MK sebut sayang tu ca1r rasanya. Sepadan sangat mempelai ni, sama cantik sama segak. Lawa wife MK ni, sejuk mata memandang.. Sopan dan ayu gituu.. MK off market sudah.. ”

Alhamdulillah, selesai sudah majlis pernikahan MK dan Siti Hajaar. Bagai pinang dibel4h dua, kedua mempelai memang sepadan bersama. Tahniah daripada kami di Berita Kopak buat MK dan Siti Hajaar. Semoga ikatan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat dan berbahagia selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Media Hiburan, IG Astro Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Bukan tak tahu lah, mungkin orang dah perasan, saya ni bila.. ” – Datuk Yusry
-
Keluarga3 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil

