Artis / Selebriti
” Siapa sangka dari teka teki ni, sekarang dah bergelar isteri. Terima kasih buat Che Ta dan Cik B.. ” – Ubai
Ubai Kongsi Throwback Voice Message WhatsApp Ketika Mula Berkenalan Bersama Shila Amzah. Eh Orang Tengah Fasa Sedih, Berani Ubai Bagi Teka Teki Pasal Che Ta Dan Cik B Pukul 4 Pagi. Hampir-Hampir Kena Block Dengan Shila Lagi, Haha !!
Bermula sebagai peminat Shila Amzah, siapa sangka Ubaidillah kini bergelar suami kepada penyanyi kesayangannya itu. Kisah percintaan Ubai dan Shila antara yang menjadi perhatian dan kini mereka bahagia bersama kehidupan baru bersama anak-anak tersayang.
Tidak mudah untuk Ubai mendekati Shila tetapi dengan usaha tanpa jemu Ubai, ianya membuahkan hasil. Semua tahu Shila pernah melalui fasa yang paling sedih dalam hidupnya setelah perkahwinan yang dibina tidak mampu bertahan dan penceraian menjadi titik noktah.
Menerusi akaun Instagram Ubai, telah dikongsikan satu video yang memaparkan voice message antara Ubai dan Shila ketika awal perkenalan mereka. Kata Ubai, pada waktu itu dia berhasrat untuk mengorat Shila tetapi ada perasaan takut dalam diri. Jadi sebagai memulakan langkah, Ubai bermain teka-teki bersama Shila.

Soalan yang diajukan oleh Ubai kepada Shila berbunyi ‘ Che Ta kalau jadi muda orang panggil dia apa ‘. Tambah Ubai lagi, siapa sangka dari berteka-teki dahulunya dan kini sudah bergelar suami isteri. Sempat juga Ubai berseloroh mengucapkan terima kasih kepada Che Ta dan Cik B.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 700 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Haha awak ni kan kelakar sangat lah Ubai… beli jiwa sungguh ni. Nak tau Shila jawab apa.. ”
” Pandai ubai beli jiwa eh.. Salah jawapan dia jombercinta haha. Baran la ek lawak dia pun.. ”
” Tips nak masuk jarum untuk next step.. time kawan tu tengah sedih boleh ubai buat lawak.. hahaha.. ”
” 4 pagi ye Ubai bagi soalan, nasib tak mengamuk member haha. Shila jawab apa eh.. nak laa sambungnya haha.. ”
” Haha bagi penampo sedas please haha.. Adoi patut ler Shila Amzah sangkut, pandai Ubai mengayat hehe.. Dengar ni Rozita Che Wan haha.. ”
” Sejak-sejak dah jadi bapak ni dia main flashback pulak ye.. sakit perut aku ketawa part ubai sebut cik b tu.. ”
” Ubai memang kelakar, jadi penghibur dan pengubat hati shila yang sedih. aku pun tergelak dengar soalan ubai ni.. teka teki paling tak leh brain.. ”
Ini respon Ubai apabila ditanya Shila jawab apa :

Bijak sungguh teka-teki Ubai untuk Shila itu. Ramai juga yang ternanti-nanti apa respon Shila selepas mendengar jawapan Ubai itu. Apa-apa pun, itu hanya lah kenangan dan kini Ubai menjadi penawar kepada semua kesedihan yang Shila alami. Semoga berbahagia selalu Shila dan Ubai.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ubai
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Keluarga3 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Bukan tak tahu lah, mungkin orang dah perasan, saya ni bila.. ” – Datuk Yusry

