Artis / Selebriti
” Sesuai sangat dengan suara Dato’ lagu ni. Ada vibe magika gitu.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Seri Vida buat kejutan tampil menyanyikan lagu runut filem Duyung Lagenda Aurora ketika Malam Gala filem tersebut raih perhatian ramai. Wah tak sangka Dato’ Vida menyanyi lagu ni, bukan kaleng-kaleng..
Malam Gala filem Duyung Lagenda Aurora benar-benar mencuri tumpuan apabila Dato’ Seri Vida tampil membuat persembahan istimewa dengan menyanyikan lagu runut bunyi filem tersebut. Kehadiran usahawan sensasi itu bukan sekadar sebagai tetamu, malah persembahan vokalnya berjaya mencetuskan keterujaan dalam kalangan hadirin dan netizen.
Apa yang paling mencuri perhatian pastinya penampilan Dato’ Seri Vida yang tampil dalam busana berwarna pink, selari dengan imej ceria dan berani yang sinonim dengan dirinya. Busana tersebut menyerlahkan lagi aura glamor Dato’ Seri Vida, sekali gus menjadikan momen persembahan itu antara yang paling mencuri tumpuan.
Menerusi akaun Instagram Media Hiburan, video tersebut telah dikongsikan. Walaupun bukan seorang penyanyi profesional, namun Dato’ Seri Vida tetap tampil berani membuat persembahan kepada umum. Filem ini bakal ditayangkan di pawagam pada 25 Disember ini.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik dalam tempoh 1 jam yang lalu. Filem ini merupakan kesinambungan daripada filem Duyung yang ditayangkan pada tahun 2008 yang menampilkan Maya Karin sebagai teraju utama.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Watak ursula ke ni ? Macam baju cardi B la hehe.. jangan bgtau dia jadi mak duyung dalam filem tu.. Sedap juga suara Dato’ Vida.. “
” Ingatkn poster tu prank je, then reveal ada poster real yg cantik. Rupanya poster tu yg real.. ni pun duyung juga ya.. wow.. “
” Baru je lepas dengor lagu Aspalela ehhhh keluar plk kt TT. Punya lama movie nie baru keluar season 2.. Cadi B ke ni.. “
” Wah, hebatlah dato’ seri vida.. Sesuai sngat dngn suara dato lagu ni . ada vibe magika gitu .. saya tak sabar nak tonton.. “
Untuk musim kedua ini, filem ini menampilkan beberapa watak baru dengan beberapa pelakon hebat seperti Anna Jobling yang memegang watak sebagai Aurora. Aurora merupakan anak kepada Puteri lakonan Maya Karin yang merupakan seekor duyung.

Secara keseluruhan, kemunculan Dato’ Seri Vida pada Malam Gala itu bukan sahaja memeriahkan acara, malah ia merupakan satu promosi untuk filem tersebut. Dato’ Seri Vida berjaya menghidupkan suasana serta menarik perhatian ramai.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Mediahiburan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Fitnah dah semakin melampau. Awak seperti ada access semua personal melibatkan saya dan bekas isteri.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya tak cakap Hussain nyanyi tak bagus. Hussain bukan vokal spec competition tapi.. ” – Ajai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Salah tu memang salah lah, tapi nak buat macam mana kan. Orang dah.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Yang last tu penam por satu kali hilang la kut gagapnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Baru umur 13, dah nampak macam 20.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Buat anak-anak saya 6 orang, biar pun papa mencari lagi 4 orang takde.. ” – Datuk Red
-
Artis / Selebriti6 days ago” Thank you for giving me the family I have always prayed for.. ” – Suami Nelydia Senrose
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lunak lenggoknya, memang kena dengan jiwa ghazal. Melekat terus sampai ke telinga.. ” – Komen Netizen

