Connect with us

Artis / Selebriti

” Serius nampak lain sejak Black dah ada rambut ni. Ingatkan Faizal Tahir tadi.. ” – Netizen

Ditegur Oleh Penonton Yang Sukakan Penampilan B0tak Black Sebelum Ini, Jawapan Black Buat Penonton Ketawa. Haaa Betul Juga Jawapan Black Tu. Bagi Lah Chance Black Nak Ada Rambut. Handsome Apa, Hehe !!

Di akaun Instagram milik stesen radio Era telah berkongsi satu video yang memaparkan penyanyi Black Hanifah sedang membuat persembahan di sebuah konsert. Namun ketika di atas pentas, kedengaran suara beberapa orang peminat menegur penampilan Black.

Ada yang berkata mahukan Black kembali b0tak seperti dahulu. Mendengar apa yang dikatakan oleh peminat, Black terus berkata suka dengan penampilan barunya itu dan meminta para peminat memberi peluang kepadanya untuk memiliki rambut.

Bahkan sempat Black berseloroh yang kos dalam proses menanam rambut begitu mahal kerana itu merupakan salah satu impiannya untuk memiliki rambut setelah 10 tahun berimej botak. Mendengar apa yang dikatakan Black, ramai yang terhibur.

Sehingga kini, video yang dikongsikan itu telah mendapat puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Sp0rting sungguh Black melayan para peminatnya, nampak lain Black sejak ada rambut ni, semakin kacak.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, selain terhibur ramai yang memuji penampilan Black yang dikatakan semakin kacak setelah mempunyai rambut. Antara komen-komen menarik adalah :

”  Ad0i kelakar betul lah part Black cakap ‘ mahal ni tanam’ haha. Tapi serius memang tak perasan pun ni Black tau.. “

” La Black ke, igtkan Faizal Tahir. Aku je ke baru tahu Black dah ada rambut sekarang, hehe. Terus nampak lain lah.. “

” Srs nmpk lain weyhh sejak Black dh ade rmbut ni, kacak juga bila dia ada rambut macam ni. Bagi chance lah dia ada rambut beb.. “

” Hampir tak kenal, hahah puas pikir sapa, baca caption baru tau Black. Mahal tau kos tanam rambut tu, nasib menjadi.. “

” Nampak lagi muda lah Black. Berdek4h aku bila dengar ada yang cakap Black makin putih, h4rey lah, hahahhahaa.. “

” Artis macam ni baru semp0i, layan je apa yang peminat cakap. Makin handsome Black sejak dah ada rambut ni.. “

” Mahu nang1s Tomok sorang2 je tak de rambut lagi, haha. 10 tahun tak de rambut, lama juga tu, tahniah Black.. “

Alahai macam-macam lah permintaan para peminat terhadap Black, tapi memang semp0i Black melayan peminat-peminatnya. Apa-apa pun semoga Black terus maju jaya dalam apa juga bidang yang diceburinya dan bahagia bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG era.je, black.hanifah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT