Connect with us

Artis / Selebriti

” Sekejap masa berlalu, semua sayang dia.. ” – Fedtri Yahya

Fedtri Yahya Berkongsi Gambar Thr0wback Sempena Ulang Tahun Kelahirannya Anaknya, Ahmad Firaas Mevlana Yang Ke-2 Tahun. Alahai Cepat Betul Masa Berlalu, Dah Semakin Besar Dan Comel Mevlana !!

Personaliti TV, Fedtri Yahya sudah tidak perlu diperkenalkan lagi di kalangan peminat. Fedtri yang mendirikan rumahtangga bersama Anati Ismail dikurniakan 4 orang cahaya mata, iaitu 2 lelaki dan 2 orang perempuan. Perkembangan kesemua 4 orang anaknya sering dikongsi di media sosial.

Melalui entri terbaru Fedtri di akaun instagramnya, Fedtri berkongsi tarikh 06 Januari merupakan tarikh lahir anak bongsu lelakinya yang bernama Ahmad Firaas Mevlana. Mevlana dilahirkan pada tahun 2019 dan hari ini genaplah usianya yang ke-2 tahun.

Selain ucapan sempena kelahiran buah hatinya itu, Fedtri juga berkongsi gambar thr0wback Mevlana daripada kecil sehinggalah yang terkini. Semua kenangan sepanjang 2 tahun kehadiran Mevlana dalam hidupnya sebagai bapa disimpan rapi.

Mevlana dilihat membesar dengan baik dan bijak. Fedtri juga menyifatkan anak keempatnya itu seorang yang lucu dan pandai berjenaka. Semua adik beradik menyenangi sifat Mevlana. Boleh dikatakan sama seperti perangai abangnya, Arjuna yang kelakar.

Jom ikuti perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Ruangan komen Fedtri dipenuhi dengan ucapan selamat hari lahir buat Mevlana. Semua mendoakan agar Mevlana sihat dan membesar dengan baik. Antara komen-komen mereka adalah :

” Happy birthday anak kecil.. yg baik2 buatmu.. jangan besar cepat sgt, nanti daddy mummy rindu awak masa kecil.. “

” Cepat masa berlalu. Rasa macam baru je lagi Fedtri letak gambar Mevlana lahir. Alhamdulillah. Semoga terus membesar dengan baik jadi anak yang soleh.. “

” Alhamdulillah.. Selamat Hari Lahir Ahmad Firaas Mevlana.. Semoga menjadik anak yg soleh.. dirahmati Allah SWT sentiasa Aamiin.. “

” Sanah Helwah Firaas. Semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah selalu. Aamiin.. “

” Selamat ulangtahun kelahiran Mevlana.. semoga menjadi ank yg soleh kpd ayahbonda.. da boleh mtk adik nih.. “

” Comel2.. moga membesar sihat dan menjadi anak2 soleh solehah.. persamaan tang mulut, Happy birthday Mevlana… Semoga mampu membanggakan ayah ibu suatu masa nanti… Aamiin.. “

” Aamiin Ya Rabballalamiin Happy birthday Ahmad Firas Mevlana Moga sentiasa jadi anak yang baik, Moga menjadi anak yg soleh dan membesar bagai juara.. “

Selamat ulang tahun kelahiran yang ke-2 buat Mevlana. Cepat betul masa berlalu dan semestinya Fedtri akan merindui kenangan Mevlana sewaktu kecil. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Mevlana menjadi anak yang soleh yang membahagiakan kedua ibu dan bapa.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ahmad Fedtri Yahya

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT