Artis / Selebriti
” Sedihnya, kita yang dengar mata masuk habuk. Soalan paling susah nak jawab.. ” – Netizen
Video Jebat Jayden Bertanya Kepada Babanya, Sharnaaz Ahmad Kenapa Tidak Duduk Serumah Dengan Mummynya, Noornabila Buat Warganet Tersentuh. Alahai Jebat, Terkedu Sekejap Baba Hendak Menjawabnya !!
Menerusi akaun Instagram Sharnaaz Ahmad, telah dikongsikan satu video yang memaparkan perbualan antara Sharnaaz dan anak tunggalnya, Jebat Jayden. Mereka berdua ketika itu berada di dalam kereta dan Jebat memulai perbualan dengan satu pertanyaan yang tidak disangka-sangka.
Kata Jebat, mengapa babanya itu tinggal di rumah sendiri dan dia tinggal di rumah lain bersama mummynya. Jebat juga mengatakan mengapa tidak ‘disangkutkan’ sahaja rumah baba dan mummy supaya mereka selalu berada bersebelahan.
Soalan Jebat ini mengundang rasa sebak dan dalam masa yang sama juga mencuit hati warganet dengan ayat-ayatnya itu. Sharnaaz menjawab dengan ringkas menerangkan baba dan mummy sudah berpisah dan tidak boleh tinggal bersama.
Jebat juga bertanyakan kepada babanya itu mengapa Baba tidak berkahwin lain. Sempat Jebat berseloroh mengatakan nanti mereka kahwin bersama-sama dan boleh lah rumah sebelah menyebelah. Alahai Jebat, tersirat betul pertanyaannya tu.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian oleh Sharnaaz ini telah pun meraih lebih 24 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Walaupun keliling dia ramai yg syg dan care dia, still ada empty space dlm diri dia. Kenapa kna jumpa lompat2 camtu. Sebenarnya dia harapkan penyatuan yg dia boleh nmpk dpn mata parent dia everyday. Tabahla Jebat. Hidup ni memang mencabar.. ”
” Apsal aku sedih, Part soalan cam nih, paling susah nak jawab.. The 1st Q “ kenapa rumah mommy xde baba?” Adoii .. mula mula rasa nk nangis tp dengr smpai abis, klkar pun ada hihi.. ”
” Soalan dia sangat bijak.. bila baba dia explain dia angguk tanda mengerti comel jebat.. habis soalan dia dah datang.. nak suruh sangkut rumah pulak baby tu bijak sgtt.. ”
” Sedihnya , jebat you deserve all this kindness tau, you have baba and mummy and sayangkan you.. love you jebat yang bijak.. ”
” Boleh pulak mintak sangkut2 rumah together. Anak yg pandai, cerdik, faham dengan keadaan… Kita yg dngr mata masuk habuk.. ”
” Ya Allah.. bijsknya Jebat… sbnrnya dia rindu nk tengok mummy & baba dia hidup bersama balik… cuma nk explain dgn kelas dia tak cukup matang lagi.. ”
” Ayokkk baba.. makin susah baba mommy nak jawab soalan baby.. Sib baik dia tak suruh sangkut together dgn mommy, jenuh baba nk jawab . Bijak jayden ni tau.. ”
Soalan Jebat kali ini memang menguji Baba untuk menjawabnya. Walaupun kedengarannya agak mencuit hati apabila Jebat meminta untuk ‘disangkutkan’ bersama rumahnya dengan rumah baba, tetapi maksud tersiratnya mungkin Jebat mahu mummy dan baba kembali hidup serumah. Apa-apa pun, semoga yang terbaik untuk Jebat, Baba dan Mummy.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Sharnaaz Ahmad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Ni menari sopan namanya bukan kayu. Cute macam Kpop dulu-dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Amira kena bahan dengan adik macam tu je. Gurau pun lembut je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Alaa sedih laa. Dulu Uncle Ajai bagi peluang kat ibu, sekarang Talita pula diajarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Adik Kak Long nyanyi lagu Abang Long. Ehem ehem.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Amad tarik masa chorus ‘semarakkanlah warna asmara’ boleh lawan Tokti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Rehearsal pun dah power. Lagu brazilian jazz ni, bukan semua orang boleh bawak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kemain menari sekali dengan mimik muka dan mata ye.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Haa jangan lah macam tu, ni semua Amira Othman punya pasal.. ” – Elly Mazlein