Artis / Selebriti
” Tahniah Harris dan Intan, sedapnya nama baby.. ” – Netizen
Harris Alif Kongsi Berita Gembira Isterinya, Intan Ladyana Selamat Bersalin Cahaya Mata Kedua Mereka. Alahai Putih Gebunya Baby, Nama Pun Sedap Sangat. Tahniah Intan Dan Harris !!
Meninjau di akaun Instagram milik pelakon dan penyanyi Harris Alif, telah dikongsikan berita gembira yang isterinya yang juga pelakon, Intan Ladyana selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka pada hari ini. Difahamkan pasangan itu menimang seorang cahaya mata lelaki.
Harris memuatnaik satu gambar sedang mendukung bayinya dan di ruang kapsyen, Harris berkongsi nama anak keduanya yang diberikan nama sebagai Harris Umayr. Selain itu, menerusi IG Story, Harris memuatanaik gambar anak pertamanya, Evie yang turut ada bersama di hospital melihat adiknya.
Perkongsian tersebut telah menarik perhatian warganet serta telah dihujani dengan ucapan tahniah. Sementara itu, beberapa jam lalu, Harris turut berkongsi video di IG Story mengatakan Intan sudah berada di hospital dan dia tidak dapat menemani Intan kerana perlu menjaga Evie.

Harris juga memaklumkan yang ibunya berada di hospital menemani Intan. Sehingga kini, posting baru Harris menerima ratusan komen dan ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Alahai comelnya gambar Evie dengan adiknya.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang memberikan ucapan tahniah buat pasangan ini atas kelahiran cahaya mata kedua mereka. Antara komen-komen warganet adalah :
” MasyaAllah.. Alhamdulillah.. Tahniah Harris dan Intan, sedapnya nama baby.. Semoga Intan bayi baik-baik sahaja ya.. “
” Awww sama besday dengan onti harini Haris Umayr .. Mehhh sep sikit sebab kita gengggg.. Selamat berpantang Intan.. “
” Alhamdulilah tahniah Harris dan Intan.. Semoga bby jd ank siha dan membesar menjadi anak yang soleh.. Yeayy Evie dah jadi kakak.. “
” Alhamdulillah dah selamat semuanya.. Syukur.. Tahniah Harris atas kelahiran cahaya mata kedua.. Semoga memjadi anak yang soleh.. “
” Cutenyer nama.. Nampak skit2 pun dah tahu comel sangat ni.. Alhamdulillah tahniah Intan n Harris.. Selamat berpantang Intan.. Take care.. “
” Alhamdulillah.. Tahniah Intan dan Harris.. Moga Harris Umayr terus membesar dengan sihat, bijak & jadi anak yg soleh. Aamiin.. “
” Alhamdulillah.. Semoga Intan n baby sihat² hendaknya.. Wah sama date dngn saya, dapat wish birthday utk harini pun okay dh.. “
Gambar-gambar di IG Story :


Alahai sedapnya nama anak kedua Harris dan Intan. Apa-apa pun di kesempatan ini, kami dari Berita Kopak turut mengucapkan tahniah buat Harris serta Intan. Semoga Harris Umayr membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh buat kedua orang tuanya. Selamat berpantang Intan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG harrisalif
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti9 hours ago” MasyaAllah ini bukan Datuk Yusry je yang nangis, seluruh rakyat Malaysia turut mengalir air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dia tiada geli, muntah ke apa ke, tu lah Wan Raudatul Sakinah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti1 day ago” Apa mau jadi, ketaksuban pada telefon.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti1 day ago” Unclenya keras kejung, mana lah Ara tak tergelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Wah jarang-jarang ni Aleeya menyanyi dalam live. Suara Aleeya sebijik macam Arni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen



