Artis / Selebriti
” Sedih tengok gambar ni semua. Ibu yang hebat.. ” – Netizen

Rita Rudaini Muatnaik Gambar-Gambar Throwback Bersama Anak-Anaknya, Airit Rayyan Rizqin Dan Airit Qaqa Arjuna Dari Kecil Sehingga Sekarang Buat Peminat Tersentuh. Bukan Mudah Menjadi Seorang Ibu Tunggal Yang Membesarkan 2 Orang Anak, Ibu Yang Hebat !!
Siapa tidak kenal dengan pelakon cantik, Rita Rudaini. Kisah hidupnya bersama 2 anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna seringkali mencur1 perhatian warganet. Bukan mudah bergelar seorang ibu tunggal tetapi Rita berjaya membuktikan dia seorang ibu yang kuat.
Meninjau akaun Instagram Rita Rudaini, telah dikongsikan satu video yang memaparkan kenangan Rita bersama Rayyan dan Qaqa dari mereka masih bayi sehingga lah sekarang. Banyak sungguh kenangan manis yang dicipta mereka bertiga.
Dengan kapsyen tertulis ‘ Separuh ku Alhamdulillah ‘, perkongsian Rita ini membuatkan ramai yang kagum melihat bagaimana Rita berusaha membesarkan Rayyan dan Qaqa sendirian. Comel sahaja dua hero Rita ini ketika kecil dahulu, sekarang sudah besar dan remaja.
Bagi ibu, anak adalah segala-galanya dan kerana anak juga seorang ibu boleh menjadi kuat seperti wanita besi. Itu lah apa yang warganet nampak pada diri Rita. Segala kasih sayang dan perhatian serta didikan yang baik diberikan oleh Rita agar anak-anaknya ini menjadi insan yang berguna.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Rita ini sehingga kini telah pun meraih lebih 14 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Dalam banyak banyak ibu tunggal. Dia paling aku suka. Semoga terus kuat besarkan anak anak.. ”
” Rita ni paling aku respect.. jaga anak2 sepenuh jiwa sorang2.. semoga Allah permudahkan kehidupan mereka anak beranak.. ”
” Cantik aturan Allah.. dikurniakan 2 Anak lelaki utk jaga dan lindungi ibu depa bila dh tua nnt.. pasti Ada hikmah.. InsyaAllah.. ”
” Sedih tengok pic2 ni semua sis.. Kami org luar saksi tungkus lumus sis sorg2 besarkan anak2 soleh ni.. Tangkis semua tohmahan orang demi 2 orang anak soleh ni. Tahniah sis.. U did it.. ”
” Ibu yang hebat wanita yang kuat.. U are my inspiration Kak Rita… semoga saya jgk dpt menjalani hidup as a single mom with two kids .. semoga anak2 ibu berjaya Dunia akhirat .. no matter how ibu will always take care both of u… love Kak Rita so much.. ”
” Semoga yg baik2 je utkmu kakak ritrud727 ..i know u can face all this bersama anak2 tersayang. Sending hugs.. ”
” Salah seorang contoh ibu yang hebat… super mom.. mommy yang hebat utk anak-anak yang hebat.. semoga dipermudahkan segala urusan dunia akhirat sis ritrud727 . Allah maha tahu.. ”
Semoga Allah sentiasa kurniakan Rita kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah ruah untuk membesarkan Rayyan dan Qaqa. Ibu yang baik dan tiada tandingannya berbanding segala harta dunia. Semoga bahagia selalu Rita dan anak-anak.
Silakan SHARE..
Sumber : Rita Rudaini
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” InshaAllah, nanti Allah gantikan yang lain. Belum rezeki dia untuk bersama kita.. ” – Ibu Shuib
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Wah Lisa, bukan main. Dia mesti ingat tak ada orang perhatikan dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Berkaca-kaca mata Rina. Ending tu aku tak expect, aku pulak menangis teresak-esak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Suara itu menterjemah erti sebuah Rindu. Suara Sarah, aa nangis dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Tahniah Elisya. Uniknya nama baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Saat di dunia Mummy jaga anak-anak ibu, saat kamu di syurga ada Ibu yang menjaga anak Mummy.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti19 hours ago
” Eja lain, bunyi lain. Rina ikut dialog Pendekar Bujang Lapok ke ni, lucu haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Adui lirik Dijah, terbahak aku ketawa. Mak siapa lah Dijah sebut tu, haha.. ” – Komen Netizen