Viral
” Sedih sangat, aku pula yang terasa sesak dan sebak di dada.. ” – Komen Netizen
Video ibu bapa dan ahli keluarga pelajar UPSI tidak dapat menahan air mata ketika menerima barangan peribadi milik 15 mangsa nahas bas undang sebak ramai. Sedihnya melihat barang peribadi peninggalan mereka..
Meninjau ke akaun Era.je dan Sinar.my, perkongsian sebuah video yang memaparkan pihak keluarga mangsa nahas bas yang mengorbankan 15 orang pelajar UPSI menerima barang peribadi milik mereka telah mengundang sebak ramai orang. Barang tersebut telah dihantar oleh pihak UPSI kepada pihak keluarga.
Setiap barang telah dilabelkan dengan nama masing-masing bagi memudahkan pihak keluarga mengambilnya. Apabila melihat perkara ini sudah cukup menyedihkan. Antara barang yang dihantar adalah pakaian, buku-buku dan juga motosikal milik mereka.
Sememangnya tidak dapat menahan air mata lagi ketika ibu bapa melihat barang-barang milik si anak. Ada yang memeluk dan mencium baju-baju milik si anak. Ada juga yang membelek satu persatu barang peribadi si anak. Semoga ibu bapa mereka terus tabah.

Perkongsian video ini telah menerima lebih tujuh ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Paling tersentuh apabila salah seorang mangsa baru sahaja menyambut hari lahirnya dan masih ada lagi hadiah hari lahir miliknya.
Ikuti perkongsian di bawah :
(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar-gambar seterusnya)
Tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai netizen yang turut berasa sebak dengan perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan :
” Semoga Allah kurniakan ketabahan yang luar biasa buat seluruh keluarga mangsa. Semoga keluarga tabah menghadapi nya…syurga firdaus tempat mereka.. Allahu Akbar.. “
” Sedeh sgt, paling tk boleh tgk Wajah arwah Adik adib…tenang Dan bersih je raut Wajah dia dgn arwah Adik Fatihah… Semoga seluruh keluarga mangsa sabar Dan tabah hadapi ujian ni… “
” Adik baik, amalan Adik baik Tu sb bila tgk tk sebak je. Semoga Allah tempatkn Adik2 semua di Syurga. ank makcik dan pakcik..telah pergi ke syurga.. “
” Hmmm..aku pulak yg terasa sesak + sebak di dada hmm semoga ahli keluarga kuat sentiasa ye. Salam takziah buat semua keluarga arwah al-fatihah.. “
” Kehilangan itu mmg petit, kerinduan itu lebih menyiksakan. Alfatihah buat mereka yg telah tiada. Semoga mereka dicucuri rahmat, di tempatkan disyurga firdausi bersama para solihin Dan syuhada. Aamiin.. “
” Allah Allah Allah … moga ketenangan mengiringi kakak kita sorg ni … hmm .. ya rabb help us ya rabb.. Sedihnya …teringat Arwah anak saya meninggal 3 thn lepas.. “
” Makcik…teruslah berdoa keampunan dan kesejahteraan anakanda trsyg yg telah berehat di sana….semoga bertemu kembali di Syurga Allah…salam takziah…kami semua turut berduka.. “
Semua yang hidup pasti akan mati. Semuanya sudah ditentukan oleh Allah SWT. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga semua kaum keluarga 15 orang mangsa yang terkorban ini terus tabah menjalani kehidupan tanpa anak tersayang di sisi. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era.je, IG Sinar.my
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sedapnya Hussain nyanyi lagu klasik. Jarang orang muda boleh nyanyi mendayu-dayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Part Hussain nyanyi tu memang padu habis lah dia tarik. Tapi bila turn Bos Mydin, berdekah aku, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Selangkah je lagi Jayden. Dah dekat tu baby, tak tertinggal jauh dah dengan Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lama betul ni tak nampak, betul-betul berubah. Dah ada leher lah Shuk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” I made my parents so proud with my performance.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti4 days ago” Fitnah dah semakin melampau. Awak seperti ada access semua personal melibatkan saya dan bekas isteri.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tak cakap Hussain nyanyi tak bagus. Hussain bukan vokal spec competition tapi.. ” – Ajai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wow, ngam pulak duet 2 beradik ni. Sedap sangat, legasi Papa Meng.. ” – Komen Netizen

