Artis / Selebriti
” Sedapnya suara Beto yang manis ni, ahh cair dengar. Suara tu berh4ntu lah.. ” – Netizen
Video Beto Kusyairy Menyanyi Lagu Mengenang Nyanyian Asal Kerispatih Dapat Sorakan Penonton. Wah Tak Sangka Beto Ada Suara Yang Sedap Ala Cakra Khan. Confirm Ramai Cair Ni, Hehe !!
Siapa tidak kenal dengan pelakon berwajah tampan, Beto Kusyairy. Populariti Beto semakin bersinar selepas membintangi filem Mat Kilau dan digelar Beto yang manis oleh para peminatnya dek kerana wajah Beto yang selalu mengukir senyuman.
Jika selalunya peminat melihat Beto berlakon sahaja, kali ini Beto tunjukkan bakat terpendamnya sebagai penyanyi. Meninjau akaun Instagram Era, telah dimuatnaik satu video dari akaun Tiktok hj..abu_g yang memaparkan Beto menyanyi dalam sebuah majlis.
Menyampaikan lagu dendangan asal kumpulan Kerispatih berjudul Mengenang, nyanyian Beto ini mendapat sorakan daripada semua penonton yang ada di situ. Baru buka mulut sahaja semua bersorak dan bertepuk tangan untuk Beto.
Dengan penuh perasaan, Beto menyanyikan lagu itu dan nyata ramai yang tersenyum sendiri melihat Beto. Sebelum ini menggayakan busana baju Melayu Bulan Bintang pun buat ramai yang tersenyum sendiri, ini kan pula mendengar suara gemersik Beto, hehe.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sedap nya suara.. maskulin.. xperlu nyanyian yg sempurna.. ini dah jauh drpd bagus. Yg penting peminat kagum.. x sangka beto ada suara yg menawan.. ”
” Suara sedap, tak pandai nyanyi pun jelas dengar suara dia. ni kalaau pandai nyanyi lagi laaa.. Salute lah suara buat ramai wanita ca1r ni.. ”
” Fall in love lagi lah, sedapnya suara Beto menyanyi.. Kenapa aku tengok sambil senyum-senyum nih.. ad0i Beto yang manis ni, senyum je tau.. ”
” Beto awak cuba buat apa ni? Hari tu awak pakai baju melayu senyum² sumbing kambing, nii menyanyi pulak. Awak dah kahwin, tapi hati kami ni mcm mana haha. Stop all this nonsense. Jgn bagi kami berd0sa kerana menyukai laki org haha.. ”
” Kenapa saya tersengih-senguh tengok ni.. Serak-serak suara macam cakra Khan lah suara Beto ni.. Boleh tahan rupanya suara.. ”
” Macam Cakra Khan wooo.. masuk mic on selebrity gempak ni haha.. Sedapnya ahh ca1r dengar.. ”
” Dah macam kerang busuk aku sengih seorang ni. Bestnya suara Beto yang manis ni.. lagi jat0h hati macam ni.. suara tu berh4ntu lah.. ”
Siapa sangka Beto boleh menyanyi dengan baik dan ada suara yang merdu sebegini. Walaupun malu-malu tetap dilayankan juga permintaan untuk menyanyi tu, terbaik lah Beto. Lepas ni boleh lah Beto ‘belanja’ lagi video nyanyian Beto yang lain okey.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” 15 tahun dah cantik macam ni. Bukan setakat cantik, tapi pandai menyusun kata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Afternoon complaint dekat bapa dia yang baru balik kerja nak rehat.. ” – Raja Ilya
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Teringatlah drama Dunia Baru dulu Madihah nak register masuk Unisel.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Mula tu rasa terharu. Sekali dia bubuh kaki dia, terus berdekah ketawa, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Tahniah Eyra dan Haziq. Jantina dah tahu, kami tunggu reveal nama pulak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Tak tahu kenapa tersentuh baca posting daddy Fatima. Simple tapi sampai ke hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ada orang cakap kenapa Fattah order bunga graduation. Tak patut, tak patut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” MasyaAllah cantiknya nama, muka Hayder sangat baby ni.. ” – Komen Netizen