Artis / Selebriti
” Sedapnya nama baby MK. Nama yang cukup indah dan ringkas.. ” – Komen Netizen
Perkongsian MK K-Clique Nama Anak Sulungnya Raih Perhatian Ramai. Wah Sedap Nama Pilihan MK Dan Hajar. Maksudnya Pun Indah, Pilihan Yang Terbaik !!
Pada 3 Ogos yang lepas, MK K-Clique telah pun memaklumkan di media sosialnya mengenai berita gembira isterinya, Siti Hajaar selamat melahirkan cahayamata sulung mereka. Anak itu adalah anugerah terbesar yang dikurniakan Allah untuk MK dan Hajar.
Peminat MK dan Hajar khasnya teruja dengan berita tersebut dan ramai yang tidak sabar untuk melihat wajah puteri sulung pasangan ini. Ucapan tahniah juga membanjiri posting tersebut. Kini setelah sebulan berlalu, MK berkongsikan nama yang telah pun dipilih untuk anak perempuannya itu.
Menerusi perkongsian terbaru MK di akaun Instagramnya, telah dikongsikan nama beserta maksudnya. Aya membawa maksud bukti kebesaran Allah SWT, manakala Rayana pula membawa erti pintu ke syurga. Aya Rayana itu nama yang telah disepakati bersama oleh pasangan ini.

Cukup indah maksud nama puteri MK itu. Sebagaimana yang disunnahkan, nama bayi perlu lah dipilih yang terbaik dan membawa maksud yang baik kerana itu juga adalah suatu doa. Pastinya kehadiran Aya Rayana memberikan sejuta kebahagiaan dan kegembiraan untuk MK dan Hajar.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Aamiin allahumma aamiin, nama yang baik menjadi doa yang baik pula untuk puterinya.. masya Allah sedapnya nama princess MK ni.. ”
” Masya Allah tabarakallah.. nama yang cukup indah dan ringkas. semoga membesar dengan sihat dan kuat Aya Rayana.. ”
” Assalamualaikum Aya Rayana.. SubhanAllah sedapnya nama baby girl MK ni. Semoga membesar dengan bijak, solehah dan sihat yaa baby Aya Rayana.. ”
” Masha Allah Tabarakallah membesar dengan baik ya Aya Rayana sayang.. sedap sangat namanya tentu comel.. ”
” Assalamualaikum Aya Rayana. Semoga membesar dengan baik, berjaya dunia akhirat. Aamiin Ya Rabb.. ”
” MasyaAllah tabarakallah… Aya Rayana cantik macam nama abi umi nya.. semoga mnjdi ank yg solehah dan mmbsar dengan sihatt Aamiinn.. ”
” MasyaAllah tabarakallah . Semoga menjadi anak solehah.. cantik namanya.. Aya cute dan sedap namanya.. ”
Alhamdulillah nama anaknya sudah pun diketahui dan sekarang hanya menunggu saat untuk MK perkenalkan Aya Rayana kepada semua. Apa-apa pun, semoga Aya Rayana menjadi seorang yang taat kepada Allah dan anak yang solehah buat kedua orang tuanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG MK K-Clique
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Keluarga3 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen

