Artis / Selebriti
” Sedapnya dia baca, menusuk ke hati. Menangis dengar bacaan tu.. ” – Komen Netizen

Video Qawiy Aro terjah ngaji seorang wanita yang bernama Khairunnisa’ buat ramai kagum. Wah bukan biasa-biasa, hafizah shahadah yang hafaz semua juzuk Al-Quran rupa-rupanya. Sedap sungguh bacaan Khairunnisa’, boleh menyentuh hati yang mendengar..
Qawiy Aro memang terkenal dengan Quran challenge di media sosial. Edisi Terjah Ngaji yang dibuat oleh Qawiy meliputi golongan selebriti dalam industri dan juga orang awam. Banyak insan yang hebat dalam menghafaz Al-Quran ditemui sepanjang terjah ngaji ini berlangsung.
Meninjau entry di akaun Instagram Qawiy Aro, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Qawiy menguji kehebatan mengaji seorang wanita di sebuah event. Wanita ini memperkenalkan dirinya sebagai Khairunnisa’ dan dirinya seorang hafizah.
Tidak hanya menghafaz 30 juzuk Al-Quran, Khairunnisa’ juga shahadah iaitu memperoleh peringkat tertinggi dalam proses menghafaz. Tidak semua penghafaz Al-Quran mampu melepasi peringkat ni. Ketika ditanyakan olehg Qawiy juzuk manakah yang paling lancar, Khairunnisa’ meminta antara juzuk 1 sehingga 1o.
Qawiy memulakan bacaan dan Khairunnisa’ menyambung bacaan surah tersebut dengan cukup tenang. Bacaan Khairunnisa’ terang dan lunak suaranya membuatkan ada di kalangan warganet yang tersentuh hati mendengar bacaan tersebut. Beruntung ayah dan ibu Khairunnisa’ kerana dikurniakan anak yang hafizah.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Qawiy ini sehingga kini telah pun meraih hampir 10 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” SubhanaAllah.. kenapa hafizah ni baca rasa macam menusuk sangat bacaan dia ke dalam hati ni. Macam nak menangis rasa.. “
” MasyaAllah untungnya mak ayah adik ni.. aset berharha ummah.. sudahlah hafizah, shahadah lagi.. perempuan macam ni hantaran 20 ribu memang layak.. “
” MashaAllah sedapnya bacaan dia.. Wanita akhir zaman limited edition. semoga syurga tertinggi untukmu kerana sentiasa bersama Al-Quran.. “
” Sedapnya dia baca, nak nangis dengar.. Cantik sebenar, tahniah dik, nama seindah harga dirimu… Ni btl mahalnya mahar.. “
” Allahu sedapnya bacaan dia.. menusuk ke hati sampai membuatkan airmata kita bergenang.. “
” Sedapnya dengar dia baca, sharp.. ngam.. mantuy.. Sejuk perut ibu awak dik.. hebatnya dia kerana Allah.. kusyuk saya dengar adik Khairunnisa’ ni.. “
” SubhanAllah sebaknya dengar dia mengaji.. suara yang lunak merdu dan memanah ke hati.. syahdu sangat dengar.. “
Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang sangat indah daripada Khairunnisa’. Suara dan tajwidnya segalanya cukup sempurna. Berapa ramai ibu bapa yang mengidamkan untuk ada anak yang hafizah seperti ini. Semoga Khairunnisa’ sentiasa terjaga hatinya dan dirahmati Allah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Qawiy Aro
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Mula ada rasa tu di perjumpaan yang ke berapa ? ” – Chiwan
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Amira hadir di masa Fattah berada di titik terendah. Tak kan Fattah tu kena menduda sampai bila-bila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen