Artis / Selebriti
” Ini lah risikonya kahwin dengan adik aku.. ” – Qawiy Aro
Video Qawiy Aro Terjah Ngaji Adik Iparnya, Irdhan Ketika Di Majlis Menyambut Menantu Buat Warganet Teruja. Fuh Mahu Tak Berdebar Ada Abang Ipar Macam Ni. Salute Lah, Bukan Kaleng-Kaleng Adik Ipar Qawiy Ni !!
Pada minggu lalu, Qawiy Aro ada berkongsikan video terjah ngaji yang dibuat terhadap adiknya, Aisyah ketika majlis pernikahan adiknya itu. Bacaan Aisyah mendapat pujian ramai kerana bacaannya betul tajwid dan mahrajnya. Teruja warganet melihat kelancaran adik Qawiy membaca ayat Quran yang disambungkan itu.
Memandangkan ramai yang meninggalkan komen mengapa Qawiy tidak terjah ngaji adik iparnya, kali ini Qawiy ‘membuat hal’ lagi di majlis menyambut menantu sebelah pengantin lelaki. Meninjau akaun Tiktok Qawiy, satu video telah pun dimuatnaik yang memaparkan pengantin sedang berdiri di pelamin.
Qawiy naik ke pentas pelamin dan mengatakan ramai yang meminta untuk mendengar bacaan adik iparnya pula. Mukadimah Qawiy kepada adik iparnya juga mendebarkan. Ini adalah risikonya kerana menikahi adik perempuannya itu. Abang ipar punya warning boleh membuatkan jantung berdegup laju, hehe.

Qawiy membacakan surah Luqman dan adik iparnya ini menyambung bacaan Qawiy dengan lancar dan cukup baik. Ujian pertama untuk adik ipar bukan biasa-biasa surahnya. Benarlah kata orang, lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Sesuai sangat pasangan pengantin ini, kedua-duanya pun pencinta Al-Quran.
Jom tonton video di bawah :
@qawiyaro haaaa ramai yang mintak pengantin lelaki kan 😍😆☝🏽 #terjahngaji #quranchallenge #mantuy
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 25 ribu tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. dia tak kosong geng.. ni baru betul boleh jadi suami.. ”
” Kalau aku Dengar Alif Lam Mim, terus sambung ayat awal surah Al Baqarah, mudah.. mau tak debar atas pelamin kena terjah ngaji fuh.. ”
” Baru nak jemput qawiyaro ke majlis adik, tak apalah, tak jadi, risau dia terjah adik kita haha.. ”
” Memang tak salah la jadi adik ipar Qawiy. memang mantuy.. hebat-hebat semua, baik pengantin lelaki atau pengantin perempuan.. ”
” Baru betul.. tahniah qawiy dapat adik ipar ore kelantan kita.. suami isteri dua dua hebat, pencinta al-quran.. ”
” Terbaik adik ipar, sikit pun tak goyang.. ok lulus Qawiy.. Kalau aku, hafal 3 ayat tu je.. memang sadaqollah terus la hehe.. ”
” Power betul adik ipar pun.. sah kalau tak SMAP Labu mesti KISAS ni.. Bayangkan qawiy yang kahwin, bini sendiri diterjahnya nanti.. ”
Terbaik lah adik ipar Qawiy, berani menyahut cabaran yang diberikan oleh abang ipar. Bacaannya baik, suara smooth dan lancar serta tidak tergagap-gagap, lulus ujian Qawiy kali ini. Semoga pasangan pengantin baru ini berbahagia selalu dan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Adik sudah berkahwin, Qawiy bila pula tu ?

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Qawiy Aro
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Biarlah Bilal, jangan lah bezakan. Mak bapak dia Ustaz dengan Ustazah.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ok kitorang bagitahu lah, untuk anak ketiga ni adalah anak.. ” – Amar Baharin
-
Artis / Selebriti6 days ago” Baby tahu mami nanti akan letak POV, POV apa-apa kan.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka rilek je nyanyi lagu tamil. Menyanyi lagu apa pun petik jari je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kamal mula-mula tak nak, lepas tu kemain. Silap Zaki bagi mic pada ketua, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sebak tengok Ayden peluk YB. Touching bila YB peluk dan usap macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” I tahu Daddy bukannya cinta pun I. Daddy memang kahwin dengan I sebab.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti4 days ago” Know that we are always here watching you both from afar sayang.. ” – Siti Hafiza

