” Sebijik mommy, punyalah cantik mini Fasha sangat.. ” – Netizen

Fasha Sandha Kongsi Wajah Anaknya, Putri Raysha Jemaima Yang Sedang Asyik Belajar Online Class. Alahai Comelnya Jemaima Berhijab, Nampak Ayu Macam Muka Fasha Sangat !!

Umum mengetahui Fasha Sandha mempunyai 2 orang anak hasil perkahwinan terdahulu bersama Rizal Ashram. Anak perempuannya, Putri Raysha Jemaima kini sudahpun berusia 6 tahun dan membesar menjadi anak yang manja dan ceria.

Hasil tinjauan kami di Instagram Fasha, telah dikongsikan beberapa keping gambar Jemaima sedang asyik mengikuti kelas onlinenya. Memandangkan seluruh negeri Selangor dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ( PKPB ), semua sekolah ditutup dan Jemaima perlu kembali belajar di rumah secara atas talian.

Jemaima yang diambil gambarnya secara sembunyi-sembunyi oleh Fasha ini dilihat mengenakan hijab dan wajahnya kelihatan comel sekali. Fasha turut menulis di kapsyennya, ianya sesuatu yang sukar lebih-lebih lagi untuk anak sekecil Jemaima untuk belajar dengan cara begini.

Terdahulu ketika PKP dilaksanakan Mac yang lalu juga, Fasha sering berkongsikan video bagaimana struggle nya Jemaima untuk belajar secara online. Berbagai gaya keluar apabila si kecil ini b0san dan pen1ng untuk memahami semua pembelajarannya itu dirakamkan Fasha sebagai kenangan.

Jom baca perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Wajah Jemaima apabila mengenakan hijab ini menarik perhatian peminat. Nampak lain dan bertambah comel macam wajah Fasha. Antara komen-komen mereka :

” Ala cantiknya Raysha mcm mummy dia. Makin comel, makin ayu la muka Raysha. Suka tengok manis sungguh.. “

” Cantik nya anak kakak, mirip sama mommynya cantik sangat. Cantik mcm mummy dia, comel bertudung.. “

” She is soooo pretty and beautiful. Sebijik mommy, comelnya dia. Mini Fasha sangat, cantik yea dia. segak macam mummy sangat. Comel nya dia, fokus betul. “

” MasyaAllah cantiknya Raysha, persis ibu. Cantiknya anak ibu ni, dia dah besar ikut muka mommy ni, ayu rupawan.. .. “

 ” Ini cantik macam muka fasha. Muka matured, mewarisi kecantikkan ibu. lawanya dia Cantikk sgt mcm ibu.. “

” Comelnye pakai tudung, cantik sangat anak dara fasha. Besar-besar ni kompem lg comey…. lembut mcm fasha muke dia.. “

” Cantiknya bud4k ni, comey muka dia serious. cantik like mommy dia Fasha. Manis sangat airmuka tu. “

” Ya Allah kak fasha, kenapa dia cantik sgt.. kecik2 dah cantik, comelnya dia pakai tudung. Punyelah cantik macam Fasha sangat.. “

Fokus betul Jemaima belajar sehinggakan tidak perasan gambarnya diambil Fasha. Wajah ayu Jemaima bertudung itu tidak puas mata memandang. Apa pun, semoga Jemaima sentiasa dipermudahkan Allah dan diberikan kemudahan untuk memahami semua yang dipelajarinya itu. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fasha Sandha

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..