Connect with us

Artis / Selebriti

” Saya ada terfikir kalau anak lelaki saya nak letak nama ada unsur-unsur Melayu.. ” – Remy Ishak

Selepas 3 Minggu, Remy Ishak Akhirnya Kongsi Nama Anak Lelakinya. Wah Unik Dan Klasik Betul Nama Baby. Sedap Nama, Kena Sangat Dengan Remy !!

Umum mengetahui yang pelakon lelaki idaman malaya, Remy Ishak dan isterinya, Ezza Yusof telah selamat menimang cahaya mata sulung mereka pada 27 Julai yang lalu. Berita gembira ini dikongsikan sendiri oleh Remy di akaun Instagram miliknya.

Sehingga kini Remy dan Ezza masih belum berkongsi wajah penuh putera mereka itu. Yang terbaru, menerusi perkongsian video di Instagram Astro Gempak, telah dikongsikan sedutan video Remy pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mendaftar nama anaknya.

Untuk makluman, video itu adalah sedutan daripada rancangan Oh Baby Remy yang diterbitkan oleh Astro. Menerusi video itu, Remy mengatakan semasa dia bujang, Remy ada terfikir untuk meletakkan nama yang ada unsur-unsur Melayu sekiranya memiliki anak lelaki.

Cadangan nama itu turut dipersetujui oleh isterinya dan mereka sepakat untuk menamakan anak lelaki mereka dengan nama Tuah Alam. Selain itu, nama Tuan Arjuna dan Tuan Alexander juga antara yang menjadi pilihan sebelum ini. Menurut Remy, nama Alexander adalah kerana Remy pernah ada membaca buku Alexander sebelum ini. Tetapi akhirnya Remy dan Ezza memilih nama Tuah Alam.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian nama anak Remy ini telah mendapat perhatian warganet. Ramai yang memuji nama yang dipilih oleh Remy. Antara komen yang diterima :

” Dah agak dah.. mesti remy letak nama yg unik & klasik.. Tuah Alam bertuah jd anak remy ishak.. Mcm nama ank Sy.. Tuah (abg) adiknye Jebat.. “

” Nice name.. Tuah Alam.. Alhamdulillah.. Tuah Alam dan rezeki anak.. Tuah Alam yg bertuah.. Cucu sedara nama Tuah Hamka.. “

” Sedapp ler nama anak eaa berTUAH ler sape dpt nnti berbesan an REMY.. kena la dgn MARYAM.. Hahahaha.. TARI.. “

” Nama dh tau.. muka baby blm dpt tgk lgi. mgkin isnin ni kot eh, 21/8 (anniversary remyezza 2 thn).. “

Menamakan anak dengan nama-nama yang baik adalah Sunnah. Semoga Tuah Alam membawa tuah dalam kehidupan Remy dan Ezza sebagai maksud namanya. Tak sabar nak tengok muka Tuah Alam, mesti comel macam daddy dan mummy dia.

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Tuah Alam membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh, membahagiakan kedua ibu bapa serta berjaya di dunia dan akhirat. Semoga selepas ini akan ada perkongsian mengenai baby Tuah Alam oleh Remy dan Ezza.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Astro Gempak, Remy Ishak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT