Artis / Selebriti
” Orang perempuan memang akan ingat sampai mat1 kesalahan kita yang sebesar kuman tu.. ” – Fizo Omar
Video Pendek Perkongsian Fizo Omar Dan Isterinya, Fazeera Nazri Buat Peminat Terhibur. Amboi Sampai Ke Tua Yer Fazeera Berdend4m Dengan Fizo, Perempuan Memang Biasa Macam Tu Kan. Lawak Juga Fazeera Ni Rupanya, Hehe !!
Fizo Omar dan isterinya, Fazeera Nazri antara pasangan yang mempunyai peminat yang ramai. Apa sahaja perkongsian mereka di akaun media sosial, pasti akan meraih banyak perhatian daripada warga maya. Lebih-lebih lagi jika berkongsi tentang anak-anak.
Yang terbaru, Fizo telah memuatnaik satu video pendek lakonannya bersama Fazeera. Menerusi video itu, pada awalnya Fizo memberi laluan kepada seorang wanita untuk melintas ketika Fizo sedang memandu. Namun selepas itu Fazeera mengajuk gaya tangan yang Fizo buat sambil membuat mimik muka mengejeknya.
Rupa-rupanya ianya tidak berhenti di situ sahaja. Fazeera terus mengh4ntui Fizo dengan membuat gaya tangan seperti itu berkali-kali dan mengejek Fizo. Tak sangka perkara tersebuat akhirnya membawa sampai ke tua. Kuat sungguh ingatan kaum hawa kan, hehe.
Perkongsian ini telah menerima lebuh 13 ribu tanda suka dan lebuh 700 komen semenjak dimuatnaik sehingga kini. Sudah namanya perempuan, kisah yang 10, 20 tahun lepas pun dia akan ingat. Ini kan pula kalau baru-baru berlaku semalam atau beberapa hari kan, hehe.
Jom tonton video di bawah :
Perkongian video ini membuatkan peminat terhibur dengan telatah suami isteri ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh peminat :
” Lah bakpe bawa ke 60 tahun abe, gi balik suruh pompuan tu patah balik ke belakang, nnti dia x ungkit dah.. tergelak akak bila tang tua tu.. “
” Boleh jd pelakon juga dia.. Yg ni betul sgt, ade plak lg satu klu bini kat sblh smp nk langg4r org, yg tu kompom dh la takut bini.. “
” Lawaklah dohhh.. ttp hencem walaupun dah tua ye.. lama betui dia merajuk.. hahahaha.. ingatkan i je gituu.. mengundang tauuu kum4n2 tu.. “
” Haaa.. Kelakar jugk fazeera ni.. Alolo suwitnya.. Suka tgk fazeera.. Lawa lah.. 60thn msh dih4ntui.. Alolo suwitnya.. Suka tgk fazeera.. Lawa lah.. “
” Dah tua pon lawooo.. sampai ke tua dia bawak dend4m tu.. Haha par0kk sapa umo 60 memori.. 60 tahun kemudian cute nyeeeee Fazeera.. “
” Weyyhhh hahahaha memang pun.. buat la hal permpuan ni sampai tua pun boleh ingat tau siap hari tarikh masa.. Dah tua pun lawa ek. Hahahahah.. “
” Hahahhahahah macam video neelofa dgn haris tuh.. neelofa perli haris.. hahaha biasalah perempuan kan.. tak yg nk bg jln tu bg jlah jln yg pgi tgok x lps2 tu lh mslah dia hahahah.. “
Handsome dan cantik juga Fizo dan Fazeera dalam versi tua yer. Apa-apa pun , video ini hanyalah sekadar lakonan dan hiburan oleh Fizo dan Fazeera. Semoga anda juga turut sama terhibur dengan perkongsian ini. Harap selepas ini ada lagi video terbaru seperti ini dikongsikan oleh Fizo dan isteri.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Fizo Omar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Aduh anak ku.. ” – Tengku Ampuan Pahang
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Macam tu je Tunku Azizah rebut mic Tokti. Adoi lawak la Tuanku ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dah tahu dah perangai melawak Tengku Muhammad ikut perangai siapa, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Entah-entah Alisa yang order, lepas tu daddy yang dapat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Tempat yang sama, kisah yang berbeza. Jabal Rahmah jadi saksi pertemuan 2 cinta.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sayunya tengok Tengku Muhammad menangis, biasa tengok happy-happy.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Hantar la mak ke rumah orang tua. Mak tak nak susahkan kau.. ” – Mak Azhan Rani
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Banyak syarat dia, alaa jual mahal pulak lah.. ” – Founder Rissa Skin