Artis / Selebriti
” Sampai pegang peha abang Roy, comel lah.. ” – Netizen
Video Dato’ Jalalludin Hassan Menaiki Bot Bersama Roy Azman, Jatt Ali Dan Dato’ Ramli MS Di Jepun Buat Ramai Terhibur. Siap Pegang Peha Roy Sebab Tak0t, Hehe !!
Rancangan Travel Lawak yang bersiaran di Astro Warna menggandingkan empat selebriti iaitu Roy Azman, Jatt Ali, Dato’ Ramli MS dan Dato’ Jalalludin Hassan. Ia memaparkan gelagat bapa-bapa pergi bercuti ke luar negara.
Meninjau ke akaun Instagram Roy, sedikit sedutan video untuk episod minggu ini di mana kali ini mereka menyelusuri sungai-sungai di Jepun. Di sepanjang perjalanan ada sahaja lawak yang dilakukan oleh mereka sehingga tidak kering gusi.
Di awal perjalanan, sungai yang dilalui agak tenang airnya. Namun ketika melalui kawasan berbatu dan airnya yang deras dapat dilihat wajah Dato’ Jalaludin agak cemas dan tak0t. Tanpa disangka tangannya memegang peha Roy.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 80 komen daripada warganet sejak ia dimuatnaik. Rata-rata mereka berasa terhibur dengan rancangan ini kerana masing-masing mempunyai karakter lawak yang berbeza.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang suka melihat gelagat bapa-bapa apabila bercuti ini. Antara komen-komen yang diberikan ;
” Comel je abg jalal pegang roy.. Boleh buat series tak.. G1ler gelak ngan abg thisisroyazman ni.. Tak miss tengok.. “
” Datuk Jalal ni memang comel lah . Selalu ternanti apa reaksi Datuk Jalal. Klakar bla msing2 ada bkat lawak yg sempoi mcm ni…. “
” Adoi sy tk larat nk gelak tgk travel lawak kali ni.. Tok jalal Salah beli ice cream mochi then nak tukar.. hahaha itu barai .. “
” Sampai pegang peha abg Roy.. Comel la bapak2 ni bercuti.. roy suka mengyakat dia org.. Tgok travel bapak bapak ni kami laki bini ketawa sampai sak1t2 tekak… kelako.. “
” Ko asik bahan tok jalal jea… dia dah lah tak larat… lambat plak tue jalan sak1t usus aku gelak smlm.. sweet betol dato jalal ye.. “
” Tok ram punye punchline nak di antornye ke sg melaka burong tu.. asik nk sakat tok jalal kan dh terpotong jari kalau xda roy sunyilah bapak2 ber3 tu.. “
” Paling lawak masa abg roy tanya “how much is this?” masalahnya yg ditanya tu sanitizer.. takkan nak jual sanitizer kat kedai ais cream .. “
Dalam rancangan ini dapat dilihat Roy antara selebriti yang paling suka menyakat selebriti yang lain. Manakala perwatakan Dato’ Jalaludin pula sememangnya nampak seperti seorang bapa. Memang menghiburkan rancangan ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Roy Azman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti4 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bila Catwalk macho gayanya, tetiba jadi comel pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida
-
Artis / Selebriti7 days ago” Suara lunak, lemak berkrim. Hussain lenggok sendiri, tak ikut Tokti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Nampak dia cantik bila tak makeup, baby face dengan kulit bersih.. ” – Komen Netizen

