Artis / Selebriti
” Sabar jela, kelakar Zaki ni. Pandai ajuk Baba ye Zaki.. ” – Netizen
Video Anak Dato’ Jamal Abdillah, Zaki Yamani Mengajuk Gaya Dato’ Jamal Abdillah Menyanyi Buat Ramai Terhibur. Alahai Memang Sebijik Macam Dato’ Jamal Masa Muda. Pandai Pulak Dia Ajuk Yer, Haha !!
Raja Pop negara, Dato’ Jamal Abdillah mempunyai 2 orang anak bujang yang juga terlibat dalam dunia hiburan tanah air iaitu Yamani Abdillah dan Zaki Yamani. Adik beradik ini juga pernah bergelar juara rancangan Famili Duo dan kedua-duanya memiliki suara yang merdu.
Meninjau akaun Tiktok DirafDias84, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Zaki sedang mengajuk gaya Dato’ Jamal menyanyi. Suara Zaki memang kedengan seakan sama dengan Dato’ Jamal dan ramai yang mengakui persamaan suara antara anak dan ayah ini.
Bukan main lagi Zaki meniru gaya Babanya, dengan tangan dan mimik muka pun sama. Bila anak sendiri mengajuk gaya ayah, boleh tergelak melihat perangai Zaki ini. Belakang Baba berani betul Zaki mengajuk Baba yer, kalau Baba ada dekat depan tak tahu lah macam mana, hehe.

Suara Zaki turut mendapat pujian daripada warganet. Ramai yang suka mendengar suara lunak merdu Zaki dan mengatakan Zaki ini seperti jelmaan Dato’ Jamal sewaktu muda dahulu. Tertulis juga di ruangan kapsyen memberitahu emak Zaki hanya memandang sahaja ‘peel’ Zaki itu.
Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :
@dirafdias84 Bila anak dato jamal abdillah @zakyie meniru gaya bapaknya… Emaknya pandang aje… hahahahaah… Zaki yamani ni berbakat besar.. Abang doakan awak suksess dlm pelajaran dan penyanyi okaii… Bukan senang nak tgk dia jadi gila- gila macam ni… #love #zakiyamani #jamalabdillah #fyp #fypシ #fypシ゚viral
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 900 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Apa tajuk lagu ni ye. Nak4l betul budak ni haha.. handsome kiut dia ni.. terbaik anak Dato’ Jamal iras2 Dato’ jamal.. ”
” Zaki mukanya lebih banyak iras Bapaknya… plus he is so cute.. kirim salam dia bang semoga terus success.. ”
” Ya Allah.. sebijik babanya masa muda.. suara pun makin sedap.. Jamal junior sangat.. anak bapak betul.. kelakar lah anak dato’ Jamal yang ni.. ”
” Haha sabo jela, kelakar Zaki ni.. memang sama lah cara Dato’ Jamal, pandai betul ajuk gaya baba ye Zaki.. ”
Macam-macam hal betul si Zaki ni, boleh tahan kelakar juga orangnya. Baba sendiri pun dia boleh ajuk macam tu sahaja. Tetapi ramai yang mengatakan suara dan gaya Zaki itu memang sama seperti Dato’ Jamal sewaktu muda dahulu. Bak kata pepatah, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar gurauan daripada Zaki dan semoga semua pembaca yang menontonnya juga turut terhibur. Semoga Zaki terus maju jaya dalam bidang seni suara dan seterusnya menjadi penyanyi legend seperti ayahnya.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok dirafdias84
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti6 days ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti4 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer



