Connect with us

Artis / Selebriti

” Rupanya ada koreografer, ingat menari spontan jer.. ” – Netizen

Video Sesi Latihan Tarian Naqiu Untuk Konsert Pertama Gegar Vaganza All Star Musim Ke 10 Raih Perhatian Ramai. Wah Patutlah Persembahan Naqiu Gempak, Tok Ram Pun Puji. Sesi Latihannya Pun Bukan Biasa-Biasa !!

Gegar Vaganza All Star Musim ke 10 ini menampilkan konsep yang berbeza daripada musim sebelumnya yang mana pada musim kali ini membariskan kesemuanya juara-juara Gegar Vaganza serta beberapa peserta hot seats dan mereka akan bertanding semula untuk memilih yang paling terbaik.

Antara juara yang bertanding ialah Naqiu yang pernah menjuarai Gegar Vaganza pada musim ke 6. Pada minggu pertama Gegar Vaganza All Star, Naqiu muncul di tangga yang teratas dengan membawakan lagu Di Pohon Asmara nyanyian Jackly Victor.

Meninjau ke satu akaun TikTok, ternyata Naqiu membuat latihan yang sangat bersungguh-sungguh untuk konsert minggu pertamanya ini. Satu video Naqiu berlatih menari sambil menyanyikan lagu tersebut telah dikongsikan. Naqiu mempunyai seorang koreografer yang mengajarnya.

Tidak sia-sia latihan yang dilakukan oleh Naqiu kerana ia membuahkan hasil. Sememangnya ramai yang terpukau melihat persembahan Naqiu di pentas Gegar Vaganza pada gari ahad lepas. Naqiu membawakan lagu tersebut dengan gayanya yang tersendiri.

Jom tonton video di bawah :

@fairuzfeetauhid

Alhandulillah. Tahniah @Thisisnaqiu untuk minggu pertama Gegarvaganza 10. Sorotan sesi #KOREOGRAFee bersama beliau ditemani oleh Cikgu @Aruel Ariel tempoh hari.

♬ original sound – Fairuz Fee Tauhid – Fairuz Fee Tauhid

Di ruangan komen, ramai yang memuji usaha Naqiu dalam memberikan persembahan yang terbaik. Antara komen-komen yang diberikan :

” Mantap lah.. naqiu selalu buat yg terbaik. tgk gv semata mata sebb naqiu. luar biasa auranya.. woww patutla hebat naqiu mlm tuu.. “

” Sume performance mmg kne plan awl2 bru nmpk nice atas stage. tp audience akn nmpk mcm sume in tune n relax je. pdhl practise gegile dh.. “

” Rupanya ada koreografer juga ya…igt menari spontan jer. Good effort.. patutlah penguasaan pentas.. Homework yang menjadi .. tahniah.. “

” Step first tu buat naqiu cute atas stage haha.. patutlah dpt markah paling tinggi diminggu pertama…tahniah naqiu dan cikgu.. “

” Kalau ikut ckp cikgu sebijik2 mmg akan berjaya. Ini contohnya.. oooo patut lah..Cikgu ajar rupanye terbaik cikgu.. terbaik naqiu.iringan doa semoga berjaya.no 1.. “

” Pergghh.. mmg up level mlm td. mantap2.. Tq yg ajar naqiu.. nmpk sgt wow 1st week.. Nakntgk gv sbb naqiu je.. naqiu best.. “

” Laaa.. ingatkan spontan ja kalo nyanyi solo ni.. mantap lah.. peminat no shatu naqiu. mmg luar biasa performance naqiu terbaik.. “

Tak sabar rasanya untuk menonton persembahan Naqiu pada minggu -minggu seterusnya. Pastinya Naqiu tetap menjanjikan persembahan yang terbaik buat penonton dan peminatnya. Semoga Naqiu berjaya mendapat tempat di hati juri dan peminat lagi.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Fairuz Fee Tauhid, IG Naqiu

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT