Connect with us

Artis / Selebriti

” Relax je Emma tak payah make up lepas bersalin, comel jugak.. ” – Netizen

Kongsi Gambar Bersama Anaknya Yang Baru Lahir, Wajah Emma Maembong Tanpa Make Up Raih Perhatian Peminat. Alahai Mommy Dan Baby, Dua-Dua Comel !!

Berita Emma Maembong selamat melahirkan seorang bayi lelaki disambut dengan gembira oleh peminat-peminatnya. Tidak hanya Instagram Emma malahan ruangan komen suaminya, Muhammad Shazli Azhar juga dib4njiri dengan ucapan tahniah daripada sahabat handai dan peminat mereka.

Hari ini sudah memasuki hari ke 10 selepas Emma melalui proses bersalinnya itu. Pada perkongsian Shazli semalam sudah ditayangkan kepada umum gambar bayi mereka dalam satu video pendek. Emma pula beberapa jam yang lepas berkongsi video reaksi Shazli ketika meriba dan menatap wajah putera mereka ini.

Hasil tinjaun kami di Instagram Emma, terkini telah dikongsikan sekeping gambar Emma bersama bayi lelakinya itu dengan ucapan selamat malam. Melihat akan wajah Emma yang pol0s tanpa solekan itu, tetap terserlah kecantikannya dan bayinya juga nampak comel sekali.

Untuk makluman, Emma selamat melahirkan pada 8 November yang lepas pada jam 2.38 pagi di Hospital UMRA. Emma berjaya bersalin secara normal dan berat bayinya ketika dilahirkan adalah seberat 3.2 kg. Pastinya kebahagiaan Emma dan Shazli semakin bertambah dengan kehadiran permata hati ini.

Jom baca perkongsian di bawah :

Wajah Emma dan bayinya itu mendapat pujian dan perhatian daripada peminat. Tidak kurang juga yang mengucapkan tahniah atas kelahiran cahayamata yang comel ini. Antara komen-komen mereka :

” Congrats dear adik emma maembong. welcome to motherhood world. Selamat berpant4ng dik. Comel sangat lah.. anak u dik.. ” – Serina Redzuawan

” Tahniah Emma, comel baby. Hensem boy, Selamat berpant4ng. Muka bar4i pun cantikkk ayooo.. “

” Relax je emma tak payah make up make up lepas bersalin.. comey g0kkkk.. Kak ema baby so cuteee, muka macam kak ema.. “

” Tahniah emma maembong.. Alhamdulilah syukur kpd Allah semoga Allah berikan segala kebaikan buat emma, suami dan baby yg tersangat comelll tu.. tk sabar nk tgk baby emma membesar.. “

” Comelnya baby, cantiknya sayang kamu. moga sehat selalu mummy dengan baby. Tahniah dan selamat berpant4ng Emma.. “

” Nmpk real prjuangan emma bersalin.. without make up.. tak perlu eyebrow.. takde bulu mata lentik.. lipstik.. “

” Natural muka emma cntikknyee.. Tahniah emmaa dan suami, comel baby boy. Cute sangat macam ibu dia lah.. “

Memang nampak kecantikan wajah semulajadi Emma walaupun tanpa sebarang calitan make up. Tetap ayu dan cantik memandangnya, begitu juga wajah bayinya yang putih merah itu. Apa pun, semoga Emma cepat sihat dan bayinya itu membesar dengan sihat. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Emma Maembong

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT