Connect with us

Artis / Selebriti

” Rasa nak jentik jer telinga dia lepas baca kapsyen, gambar muruku tu pun dah kantoi, haha.. ” – Netizen

Muatnaik Gambar Bersama Salah Seorang Ahli Kumpulan Coldplay, Perkongsian Fikry Ibrahim Buat Peminat Terhibur. Awal-Awal Lagi Dah Kantoi. Pandai Pula Reka Cerita, Haha !!

Bagi yang suka mengikuti pelakon Fikry Ibrahim di akaun Instagram, pasti mengetahui yang Fikry seorang yang kelakar. Ada sahaja video mahupun perkongsian daripada Fikry seperti suka menyakat ibunya dan meniru pelbagai ragam orang membuatkan ramai terhibur.

Terbaru, Fikry berkongsi gambar bersama seorang lelaki Mat Salleh. Tulis Fikry di ruangan kapsyen yang baru-baru ini ketika sedang berjalan-jalan di Pekan Rabu, Kedah, Fikry telah ditegur oleh Mat Salleh yang mengaku dia adalah peminat Fikry dan mahu bergambar bersama Fikry.

Klik gambar untuk info..

Seloroh Fiky, lelaki ini salah seorang ahli band dari luar negara, namun tidak mengetahui nama band tersebut dan datang ke Malaysia mengadakan konsert. Fikry mengatakan Mat Salleh tersebut berkali-kali mengajak datang menonton konsertnya, namun ditolak oleh Fikry kerana sibuk dengan pergambaran.

Perkongsian ini telah mencuit hati penonton. Rupanya gambar yang dikongsikan oleh Fikry hanyalah gambar edit dan lelaki Mat Salleh itu adalah vokalis kumpulan rock popular dari Britain iaitu Chris Martin. Sehingga kini gambar edit Fikry bersama Chris menerima ratusan komen dan puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Ikuti perkongsian di bawah ini :

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka terhibur dengan perkongsian oleh Fikry. Antara komen-komen menarik adalah :

” Rasa nak jentik jer telinga dia lepas baca kapsyen, gambar muruku tu pun dah kant0i, haha.. Edit tu bagi lah elok2 skit, hahahaha.. “

” Cap mamat tu mmg tak leh pakai yg elok sikit ka.. Dah mcm kena pijak plak aku tgk cap dia haha.. Kalau tak buat hal memang tak boleh kan kau ni Fikry, haha.. “

” Ger4mnya aku dengan dia ni. Ishhhhhh dan lagi noh hang edit, hahaha memang ikut hal semasa betul.. Lawak lah tengok.. “

” Amboiii Martin p pekan rabu ka tu, hahahaa.. Hang tak kenal ka sapa dia ni… Ni lah yang mai semalam, ramai orang p dgq dia nyanyi.. “

” Weh hang tak bagi ayat pantun ka dekat dia, hahahaa.. Aku memang cepat terhibur kalau baca kapsyen Fikry, tak pernah mengecewakan.. “

” Ish laa, gagah edit, tekejut aku bila masa depan pekan rabu ada jalan lagutu.. Jaga2 tercicir balang meruku tu nnti takdan dia nak makan.. “

” Mangkaq lah hang Fikry, hahahaha.. Tak larat gelak baca jalan hang cerita karang.. Ni Penyanyi Kumpulan Kristal yang baru tu kalau tak silap.. “

Klik gambar untuk info..

Part bagi hadiah muruku kepada Chris tu kelakar, nampak betul paper bag edit. Apa-apa pun ianya hanyalah sekadar hiburan Fikry buat peminatnya. Untuk sekadar info, semalam kumpulan Coldplay mengadakan konsert siri jelajah Music Of The Spheres World Tour (MOTSWT) di ibu negara.

Silakan SHARE..

Sumber : IG fikryibrahim

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT