Artis / Selebriti
” Random ride with my favourite co-pilot.. ” – Fikry Ibrahim
Muatnaik video terbaru menunggang motosikal bersama isteri, perkongsian oleh Fikry Ibrahim curi perhatian ramai. Jarang-jarang Fikry post sweet macam ni. Romantik betul, dah macam pengantin baru..
Umum mengetahui pelakon dan pengacara terkenal, Fikry Ibrahim telah melangsungkan pernikahan bersama wanita pilihan hatinya, Khalizah Alihan dalam majlis sederhana di Jitra pada bulan Februari lalu. Perkongsian khabar gembira itu turut dibanjiri ucapan tahniah daripada peminat-peminat Fikry dan rakan-rakannya.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Fikry, telah dikongsikan video terbaru yang memaparkan Fikry mengisi masa bersama isterinya. Menerusi video itu, Fikry menunggang motosikal, manakala isterinya pula membonceng di belakangnya.
Ketika video ini dirakam, kelihatan Fikry dan isteri saling memberikan senyuman antara satu sama lain. Perkongsian video itu telah mencuri perhatian warganet. Ramai yang mengatakan suka melihat Fikry dan isterinya serta mendoakan agar jodoh pasangan ini akan terus berkekalan.

Bukan itu sahaja, kecantikan semula jadi isteri Fiky juga mendapat pujian daripada warganet. Sehingga kini, video Fikry bersama isterinya telah menerima ratusan komen dan puluhan ribu tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-rata warganet menyukai perkongsian terbaru oleh Fikry dan pelbagai respon telah diberikan oleh mereka. Antara komen-komen menarik adalah :
” Allahu Akhbar.. Sweetnya couple ni.. Moga Allah SWT pelihara kasih sayang ini hingga ke hujung nyawa, diberkati dunia dan akhirat, bahagia selamanya ok.. “
” Bila isteri bahagia, In Shaa Allah suaminya akan bahagia… Alhamdullilah semoga till jannah korg… Kita tengok pun tumpang happy tau.. “
” Suami yg membahagiakn isteri murah rezekinya.. Suka tengok.. Moga bahagiaaa selalu.. Jgn ada kes2 dahhh oke.. “
” Aku tak kisah sgt couple yg berkahwin nk sweet camne skali pun.. Tumpang happy tgk. Bhgia lah ikut cara msing2.. “
” Sweet lah baiya kita dengan wife.. Hope sangat kekal bahagia sampai syuga tau.. Wife baiya banyak cantik lah, tak pakai makeup pun berseri-seri je muka.. “
” Alhamdulillah.. Moga perkahwinan fikryibrahim dan isteri sentiasa di lindungi Allah dan di murahkan rezeki.. Amin..”
” Mak ai comel gila.. Awat ngan kite2 sengih sekali nih.. Satu je doa, harap korang sentiasa bahagia bersama.. “
Apa-apa pun, sama-sama kita mendoakan semoga Fikry dan isteri akan terus kekal bahagia bersama hingga ke syurga. Untuk sekadar info, pada bulan Mei lalu, Khalizah telah memfailkan permohonan cerai. Namun pada bulan Jun 2025, Khalizah hadir ke mahkamah untuk menarik balik permohonan tersebut.

Silakan SHARE..
Sumber : IG fikryibrahim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya pakai shawl yang sama sebab itulah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti1 day ago” 1st time tengok KJ tak confident. Tak tentu arah KJ dibuatnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kan dah kena sembur, padu dan mantap lah. Marah orang sabar lagi menakutkan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dah macam wiper Saga lama dah Mirul, cramp perut aku ketawa, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Hempuk tangan ala-ala style gangster. Sakit perut ketawa tengok Trice.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Macam tu je dia puji orang lain depan mak dia. Memang terlebih jujur Rina ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Comel sangat rupanya perangai Tokti ni. Memang sebijik Afwa, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Misi menambat hati si dia.. ” – Boss James

