Connect with us

Artis / Selebriti

” Plastik hitam tu tak tahan. Feel tu lagi best kalau bulan puasa, hehe.. ” – Netizen

Video Bell Ngasri Tunai Janji Belanja Makanan Plastik Hitam Dan Teh O Ais London Ikat Plastik. Eh Belum Bulan Ramadhan Lagi Ni, Terbaik Lah Bell !!

Dari kampung pisang ke ABPBH35, Parti Beg Plastik Hitam itu antara poster yang viral ketika kempen mengundi Bell Ngasri dilancarkan oleh warganet sebelum ABPBH berlangsung. Watak Barkoba memang cukup sinonim dengan Bell Ngasri hasil karya arw4h Mamat Khalid.

Sebagaimana manifesto Bell ingin belanja makan sekiranya memang, kali ini Bell betul-betul menunaikan janjinya. Baru semalam Dr Malar berseloroh meminta Bell mengotakan janjinya. Meninjau akaun Instagram Hot FM, satu video yang memaparkan minuman dan makanan yang disediakan untuk team pagi Hot FM.

Tea 0 Ais London dan makanan yang dibungkus dalam plastik hitam membuatkan warganet terhibur. Amboi ini memang betul-betul ikut tema geng plastik hitam Bell. Tengok makanan berbungkus seperti itu terus teringat bulan Ramadhan dan Barkoba.

Pada perkongsian terdahulu sememangnya ada dimaklumkan yang Bell ingin membelanja team pagi iaitu Johan, AG, Fafau dan KJ makan pagi. Siap dengan poster plastik hitam dan gambar tea o ais bungkus ikat tepi dan juga nasi lemak lagi.

Jom tonton video di bawah :

Lebih 3000 likes telah pun direkodkan untuk perkongsian ini sehingga kini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :

” Aii mee kuah ah hock ka tu haha .. daging harimau menangihhhhh.. Jgn ada yg cucuk langit lak lps kene air london mari.. haha.. ”

” Janji ditepati, dia feel tu lagi best kalau bulan puasa. Plastik hitam tu tak tahan haha.. pagi-pagi pekena teh o ais.. ”

” Bestnya ada orang2 mcm ni. kebahagiaan dia dikongsi dgn orang lain. so kejayaan dia bukan je bahagiakan diri dia sendiri tapi ramai orang. itulah kejayaan yg paling berharga.. ”

” Esok ok jgn di bulan romadhon sudahh ya hehe.. Mujur bukan mee kari ah hok dengan mee kari kuah laksa warung pak jabit.. ”

” Apa barang belanja waktu ni belanja la waktu bulan puasa baru ngam hehe. Satu hari tu bekpes, lunch sekali dinner.. ”

” Sebelum ramadan dengan semasa hari ramadan di bulan ramadhanΒ  ok set. Yak yak yeay.. Mee kari ahok la haha.. ”

” Bukan nak cakap …. bagi aku ada 2 hasil seni sentuhan arw4h mamat khalid dgn arw4h tan sri p ramlee yang mana antara 2 ni filem or ceritanya orang tak bosan tengok walaupun ulang kali bersiaran.. ”

Bagus Bell berkongsi rezeki bersama-sama orang lain, sikap Bell yang ini memang patut dipuji. Semoga rezeki Bell semakin melimpah ruah dan mendapat banyak lagi job selepas ini. Ramadhan nanti jangan ada yang claim minta makanan plastik hitam sudah, hehe.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hot FM, IG Bell Ngasri

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT