Connect with us

Artis / Selebriti

” Pertama kali tengok Datin Shahida menangis depan kamera, kita pun tumpang sebak.. ” – Netizen

Video Luahan Datin Shahida Mohd Rashid Mengenai Persiapan Menyambut Hari Raya Nanti Membuat Ramai Turut Sebak. Alahai Sedihnya Dengar Perkongsian Datin !!

Meninjau di akaun Instagram usahawan kosmetik, Datin Shahida Mohd Rashid telah dikongsikan video yang memaparkan dirinya menerima satu komen bertanyakan tentang persiapan menyambut hari raya nanti. Menerusi video itu, Datin Shahida kelihatan bersama anak perempuannya, Qadejah Elzahra.

Ujar Datin Shahida, untuk dirinya tiada persiapan dan raya tahun ini tidak bermakna kerana dirinya baru sahaja kehilangan ayahnya baru-baru ini. Sambil meluahkan apa yang dirasa, Datin Shahida tidak dapat menahan sedih, lalu dia turut menangis.

Klik gambar untuk info..

Namun akui Datin Shahida, persiapan lebih tertumpu buat anak-anak sahaja dan persiapan untuk diri sendiri hanyalah ala kadar. Perkongsian video ini telah mengundang sebak warganet apabila melihat reaksi Datin Shahida saat berkongsi cerita mengenai arwah ayahnya.

Ada netizen mengatakan rasa sayu melihat Datin Shahida yang sangat merindui arwah ayahnya dan ada juga berkongsi pengalaman mereka beraya tanpa orang-orang mereka sayang. Sehingga kini, video Datin Shahida tersebut menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan oleh warganet dan rata-rata mereka memberikan kata-kata semangat kepada Datin Shahida. Antara komen-komen warganet adalah :

” Pertama kali tengok Datin Shahida menang1s depan kamera, kita pun tumpang sebak.. Sabar lah Datin, insyaallah Datin kuat.. “

” Betul kak.. saya rasa yg sama, hilang ayah ni rase hilang sesuatu yg berharga. Kuatkan semangat ya kak. Al-Fatihah untuk arwah ayah kak.. “

” Sy thn kedua kehilangan mak dn ayh ayh sy meninggal selang 4 bln mak pergi. Kehilangan yg amat2 terasa bt kami adik-beradik.raya dh hambar nt kami tanpa kedua org tua.. “

” Ya Allah matangnya Cess.. Dia mmpu sabarkn mama dia tgh sedih .. Anak yg baik.. Semoga arwah ayah Datin tenang di sana.. “

” Saya pun menangis tengok Datin menangis saya pun bapak dah takde.. Kehilangan org trsyg amat menyakitkan , saya kehilangan emak , ayah , ank sulung dan suami.. “

” Sy dpt rasa apa yg datin rasa.. Kehilangan itu sgt menyakitkn apabila rindu itu dtg. Sy kehilangan seorang ayah dan adik lelaki. Stay strong datin.. “

” Ye sis tulah yg sy pendam bertahun. Setiap kali raya sy menjauh. Lagi2 dgr takbir pg raya. Since umur 6 tahun sampai lah 30 series ni. Nak2 sy hilang kedua duanya.. “

Klik gambar untuk info..

Rindu kepada orang yang sudah pergi meninggalkan kita memang sangat menyakitkan. Jelas terlihat Datin Shahida masih bersedih dengan pemergian arwah ayahnya. Apa-apa pun semoga Datin Shahida terus kuat dan tabah. Didoakan semoga arwah ayah Datin Shahida tenang di sana dan ditempatkan dalam golangan orang-orang beriman.

Silakan SHARE..

Sumber : IG shahidadherbs

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT