Connect with us

Artis / Selebriti

” Stress wife, tengok husband buat muka seposen time menyanyi, haha.. ” – Netizen

Video Telatah Isteri Ezad Lazim, Zeana Ramli Mengajar Ezad Menghayati Lagu Yang Dinyanyikannya Buat Ramai Terhibur. Buat Muka Seposen Sambil Kaki Letak Atas Kotak Pun Mantul Habis Suara Ezad Menyanyi !!

Ezad antara penyanyi yang memiliki suara yang merdu dan sedap didengar. Umum mengetahui yang Ezad pernah menjadi vokalis kumpulan Exists suatu masa dahulu dan dikenali dengan nama Ezad Exists. Kini, Ezad sudah bergerak solo dan menggunakan nama Ezad Lazim.

Meninjau di akaun TikTok milik MVM Music, telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan Ezad sedang membuat video rakaman Lagunya bertajuk ‘ Luahan Cintaku ‘ . Namun apa yang mencuit hati adalah melihat telatah isteri Ezad iaitu Zeana Ramli yang turut ada bersama melihat Ezad membuat video rakaman lagunya itu.

Klik gambar untuk info..

Zeana seolah seperti tidak puas hati apabila melihat gaya Ezad yang bersahaja dan tidak menghayati lagu yang dinyanyikannya. Malah, Zeana mengambil langkah untuk mengajar Ezad dari jauh cara membuat gaya dan mimik muka sedang menghayati lagu yang dinyanyikan.

Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang terhibur melihat telatah Zeana yang cuba membantu Ezad dan terhibur dengan gaya Ezad menyanyi. Sehingga kini, video-video itu menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.

Tonton video di bawah ini :

@mvm_music

Kuatnya seorang Ezad Lazim kerana ada isteri yang selalu support dari belakang. Comel je diorang ni.. Hahaha 🤣 #ezadlazim #LuahanCintaku #rusamusic #rusamvm

♬ Luahan Cintaku Ezad Lazim – MVM Music

@mvm_music

Replying to @fieka_ariel Even lagu lama, MV tetap release. #mvmmusic #rusamvm #LuahanCintaku #ezadlazim

♬ Luahan Cintaku Ezad Lazim – MVM Music

Di ruangan komen, selain terhibur, ramai yang memuji suara Ezad menyanyi. Antara komen-komen menarik adalah :

” Stress wife, tengok husband buat muka seposen time menyanyi, haha.. Tapi cayalah suara Ezad padu habis, macm telan kaset.. “

” Jgn focus pd kotak, focus pd vokalis, haha.. Pernah face to face dgn Ezad.. Respect.. Very humble person.. Good luck bro.. “

” Lelaki mcm mana pun mesti ada perempuan tulang belakang dia yg kuat.. Suara Ezad ni kan memang best. Lagu mendayu, terus ingat kat arwah mak ayah.. “

” Expresi tak sampai la tu.. Bini dia kan pelakon…Tu dia geram.. Hihihi comel je bini Ezad.. Dh mcm cite P Ramlee. hehehe.. “

” Jgn marah marah dia.. Dia sdg hayati tu .. Hahaha.. Sampai kaki tengah lenguh la wei, hahahaa.. Lawak tengok video ni.. “

” Dah stail laki akak mcm tu kak, tapi suara Ezad memang sedap betul dengar.. Nyanyi live pun dah serupa macm dengar dekat radio.. “

” Mendatar je muka, mahunya si wife tu tak stress, hahaha.. Kalau Abg Ezad nyanyi tak de feel pon dh sah² sedap kak.. Suara dia fuhhhhhh.. Sampai jiwa kak.. “

 

Klik gambar untuk info..

 

Kelakar tengok gaya Zeana menyuruh Ezad menghayati lirik yang dinyanyikannya tu. Ezad pula masih cool sahaja walaupun Zeana sudah menunjukkan macam-macam gaya. Apa-apa pun, memang padu suara Ezad seperti dalam kaset. All the best Ezad.

Silakan SHARE..

Sumber : TikTok mvm_music

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT