Artis / Selebriti
” Pertama kali tengok anak sulung Kak Yatie garang macam ni. Tapi bagus, very protective kat adik dia.. ” – Komen Netizen
Video anak sulung Yatie Kamarzaman, Noor Uzma Raisa sound netizen yang suka mengata mengenai adiknya, Noor Aleya Baheerah. Fuh, pertama kali dengar suara Uzma garang macam ni, marah betul kat orang yang mengata adik dia..
Bagi yang mengikuti perkembangan semasa Yatie Kamarzaman atau lebih dikenali Yatie Sendayu Tinggi iaitu kakak kepada jutawan kosmetik, Dato’ Seri Aliff Syukri, pasti mengetahui yang Yatie mempunyai dua orang anak perempuan bernama Noor Uzma Raisah dan Noor Aleya Baheerah yang sudah pun meningkat dewasa.
Kedua-dua anak ini membesar dengan semakin cantik dan pandai bergaya seperti ibunya juga. Terbaru, meninjau di akaun Instagram Yatie, telah dikongsikan video yang memaparkan anak sulungnya, Uzma sedang meluahkan rasa marahnya kepada netizen.
Hal ini terjadi apabila ramai mengatakan mengenai adiknya, Aleya yang bersikap pendiam dan tidak mesra dengan orang ramai. Uzma berkata adiknya tu seorang yang pemalu dan introvert. Bahkan kata Uzama, dia sebagai seorang kakak, sangat tidak suka apabila ramai yang berkata mengenai tentang adiknya.

Manakala di ruangan kapsyen pula, Yatie mengakui sikap anak keduanya itu sama sepertinya dahulu, hinggakan ada orang datang rumah, dia akan berlari masuk ke bilik kerana takut untuk berjumpa dengan orang. Pada akhir penulisan Yatie memberitahu yang Aleya sebenarnya seorang yang normal.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen warganet adalah :
” Pertama kali tengok anak sulung Kak Yatie garang macam ni. Tapi bagus, very protective kat adik dia.. Buat hal betul netizen ni, kan dah kena.. “
” Selain intovert adik nampak manja so normal la tu remaja umur dia mcmtu.. Lama2 nanti dia terbiasa mesti banyak sembang.. Korang pulak tak larat.. “
” It’s okay Aleya… Btw nama akak pun a’aliah.. And akak pun introvert dik.. Tapi tak bermaksud kita tak pandai bergaul dengan org.. Kita cuma malu je… Rasa tak salah jadi perempuan ni pemalu.. “
” Its ok Aleya syg, org skrg da trlalu “biasa” dengan jenis perempuan yang terkinja2. Thats y bila nampak adik yg jenis poise and behave diorang rse “pelik”.. Padahal yg komen tu tg pelik.. “
” Perempuan macam ni la mahal. Cantik dan pandai. Behave pula tu. Mungkin zaman skrg org nampak pelik bila ada anak behave macam ni.. “
” She is young. Nampaknje mcm budak besar sbb dress upnya. Budak2 nak sorok shyness mcm tu la, ada budak, darah gemuruh tak boleh sorok.. “
” Yes kte pun rasa dia normal je.. Ap la org concern sgt eh . Dia just malu je.. Itu bagus la utk sifat perempuan.. knp la org perlu ckp2 lg psl adk.. Okay je adk tu.. “
Jarang-jarang Yatie akan berkongsi mengenai sikap anak-anaknya dan ini kali pertama melihat Uzma begitu marah. Tulis warganet, sikap Aleya yang behave itu sangat bagus kerana dilihat ‘mahal’ sebagai seorang gadis. Apa-apa pun, semoga Uzma dan Aleya terus menjadi anak yang solehah dan membanggakan kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG yatie_kmrzmn
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ya Allah, sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah ini bukan Datuk Yusry je yang nangis, seluruh rakyat Malaysia turut mengalir air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia tiada geli, muntah ke apa ke, tu lah Wan Raudatul Sakinah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti7 days ago” Apa mau jadi, ketaksuban pada telefon.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago” Wah jarang-jarang ni Aleeya menyanyi dalam live. Suara Aleeya sebijik macam Arni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Terpukau dengar, tambah tengok dia dance tu, aww cair weh. Sampai melopong Dato’ AC.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aurat kau cakap dengan dia sendiri lah, saya dah letih.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti3 days ago” I could not give you the years we lost, but.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim

