Connect with us

Artis / Selebriti

” Perghh mantap suara Maryam, terus hilang loghat Korea dia.. ” – Netizen

Video Maryam You Narae Menyanyi Lagu Cinta Dendangan Asal Marsha Milan Raih Pujian Warganet. Fuh Power Suara Maryam, Ada Iras Suara Marsha Lah. Part Tarik Tu Selamba Je Maryam. Meremang Bulu Roma Dengar Suara !!

Maryam You Narae bukan nama yang asing buat peminat dunia seni tanahair. Maryam mengembangkan sayapnya ke layar lebar apabila membintangi filem karya Dato’ Fizz Fairuz berjudul Mat Tudung Begins yang kini sedang rancak ditayangkan di seluruh negara.

Selain bakat berlakon, rupanya wanita Korea ini juga berbakat dalam bidang nyanyian. Meninjau akaun Tik Tok Duriankimchi_fc, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan Maryam payung suaranya mendendangkan lagu Marsha Milan berjudul Cinta.

Wow, itu yang dapat diberikan oleh warganet setelah mendengar suara Maryam. Merdu dan mampu membawakan lagu bernada tinggi dengan baik, Maryam membuatkan ramai yang meremang bulu roma. Kali pertama mendengar Maryam serius menyanyi seperti ini.

Ramai yang mengatakan hilang loghat Korea Maryam apabila menyanyi lagu Melayu. Memang kedengaran fasih sebutan bahasa Melayu Maryam. Apabila orang Korea menyanyi lagu Melayu, memang gempak jadinya. Hebat lah Maryam, sampai terpegun warganet melihat Maryam kali ini.

Jom tonton video di bawah :

@duriankimchi_fc

okay tak?#maryam #maryamduriankimchi #duriankimchi #repost #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypage #foryou #foryourpage #foru

♬ bunyi asal – Duriankimchi_fc – Duriankimchi_fc

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 90 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Meremang bulu roma aku dengar Maryam menyanyi.. sedap si0t.. ada tak video panjang, tak puas dengar Maryam nyanyi.. ”

” Dengar Maryam tarik tu, fuh berdiri bulu roma.. pehhh mantap suara Maryam.. terus ilang loghat korea dia.. ”

” Bukan takat korea dia je yg hilang . suara dia pon meremang bulu roma dengar . mariam taknak buat 1 album ke huhu.. ”

” Sedapnya suara Maryam, dari awal macam suara Marsha.. Macam mark adam , bila nyanyi aku rasa blur terus betul ke ni dia , sbb dia bercakap belum fasih semua ada jugak sangkut , tapi nyanyi auto hilang.. ”

” Wow sedap suara Maryam.. meremang weyyy.. aku sampai terpaku dengar suara Maryam ni. tak sangka ada bakat terpendam maryam.. ”

” Best dengar Maryam nyanyi.. Hampir macam suara Marsha dah.. Fasih terus sebutan dia.. boleh tarik tone tinggi lagi.. hebat lah.. ”

” Waa serius lah, meremang bulu roma sayang dengar. Fuh tak bunyi Korea, hilang terus Korea sis.. ”

” Bila dgr dia nyanyi lagu ni.. Lupe yang dia orang Korea.. Hilang terus sleng Korea dia.. gempak betul suara maryam ni.. sedap didengar.. ”

Siapa sangka Maryam ada suara sebegini merdu, kedengaran hampir sama dengan suara Marsha. Tak mustahil selepas ini Maryam keluar dengan single sendiri, tentu melet0p. Semoga Maryam terus maju jaya dalam lakonan dan semua lapangan yang diceburinya.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Duriankimchi_fc

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT