Connect with us

Artis / Selebriti

” Penyanyi nombor 1 negara pun pergi pasar malam okey, salute lah.. ” – Netizen

Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza Berkunjung Ke Pasar Malam Bersama Anaknya, Aafiyah Dan Afwa Tarik Perhatian Warganet. Fuh Rilex Je Tokti Pergi Pasar Malam. Aafiyah Dan Afwa Pun Happy Dapat Beli Mainan. Humble Betul Tokti Ni !!

Berpeluang pulang ke kampung halaman di Kuala Lipis, penyanyi nombor 1 kesayangan semua, Dato’ Seri Siti Nurhaliza menggunakan sebaiknya masa yang ada. Semua orang tahu bagaimana sifat DS Siti yang sentiasa merendah diri dan tidak pernah sombong.

Meninjau akaun Instagram Astro Gempak, telah dikongsikan satu video yang memaparkan DS Siti membawa Aafiyah dan Afwa ke pasar malam. Tersenyum sahaja DS Siti ketika gelagatnya dirakam oleh orang yang berada di sekitar pasar malam itu.

Klik gambar untuk info..

Hanya solekan nipis di wajah dan tanpa baju yang vogue, DS Siti begitu santai sahaja dengan busana simplenya itu. Dapat dilihat menerusi video ini, Aafiyah dan Afwa memilih barang mainan yang mereka berkenan dan inginkan di pasar malam tersebut. Anak orang kaya, tetapi tidak memilih langsung mainan murah, bagus didikan DS Siti.

Ramai warganet yang memuji sifat DS Siti ini. Tidak hairan lah DS Siti kekal menjadi kesayangan dan nombor satu di hati peminat kerana sifatnya ini. Seronok lah orang Kuala Lipis dapat bertemu mata dan bergambar bersama DS Siti.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 8000 tanda suka telah pun direkodkan. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Hebat Aafiyah dan Afwa beli mainan pasar malam aje.. down to the Earth.. tokti memang seorang yang merendah diri.. dari dulu sampai sekarang tak berubah.. ”

” Tabik la dengan Dato Siti ni walau pun ada nama keluar macam orang biasa je.. bagusnya.. tak pakai mask / cover2 muka pun walau jalan kawasan public.. ”

” Pakai baju tidur je tokti, humble betul. Alhamdulillah tokti mesra senyuman. tokti pun layan pasar malam, siap ajar anak lagi mrendah diri.. salute lah.. ”

” Ramai yg berjaya, terkenal, mewah harta duit ringgit, tapi yg susah di jumpa humble, rendah diri tak pernah lupa asal usul, itulah Siti Nurhaliza, Love u.. ”

” Seorang yg sangat simple, rendah diri x menyombong walaupun memiliki segalanya.. Itu bezanya tokti dengan anak seni yang lain.. ”

” Dia pun manusia biasa. teringin untuk hidup biasa, ke pasar malam.. salute lha.. Penyanyi no 1 negara dengan sikap humblenya dan yang tak pernah lupa asal usulnya walaupun beliau sudah berada di tahap terbaik sebagai penyanyi.. ”

” Penyanyi nombor 1 negara pun pergi pasar malam okey.. Suka tengok Aafiyah dengan Afwam rilex je pilih-pilih, tak kisah pun mainan pasar malam. Sentiasa humble tokti.. ”

Klik gambar untuk info..

Bagusnya insan bernama Siti Nurhaliza ini, sudah berada pada tahap paling tinggi pun langsung tak berubah perangainya yang selalu merendah diri tu. Semoga DS Siti Nurhaliza sentiasa dalam rahmat Allah dan bahagia selalu bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Astro Gempak, Tiktok Faizahfaizal1

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT