Connect with us

Artis / Selebriti

” Random betul Alisa ni, terus into the character. Nasib tak keluar lagu Blackpink, haha.. ” – Netizen

Hairul Azreen Kongsi Video Reaksi Alisa Aisyah Ketika Mendapat Toys Baru Buat Warganet Terhibur. Amboi Alisa, Dengar Bunyi Muzik Je Terus Berjoget Yer. Lincah Betul Gerakan Alisa, Tergelak Hairul Tengok. Cheeky Girl Sangat !!

Hairul Azreen kini tidak lagi terlibat dalam sebarang lakonan setelah Hairul memaklumkan untuk bersara tahun lalu. Semuanya dilakukan agar dia dapat memberikan lebih perhatian dan melihat sendiri anak-anaknya, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah membesar.

Meninjau entry terbaru Hairul di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Alisa setelah Hairul membelikannya sebuah skuter mainan. Sesuai dengan kanak-kanak perempuan, skuter mainan ini berwarna merah jambu.

Klik gambar untuk info..

Riak wajah Alisa kelihatan gembira mendapat toys baru tersebut. Sejurus sahaja selepas butang on ditekan, ianya mengeluarkan lagu dan Alisa spontan menari mengikut rentak lagu tersebut. Hairul pula yang ter ‘eh eh’ melihat telatah Alisa itu.

Daddy suruh Alisa naik skuter bukan suruh menari lah, hehe. Lincah gerakan kaki Alisa tu dan ianya membuatkan warganet terhibur. Nasiblah bukan lagu Blackpink yang keluar, kalau tidak tentu lagi lincah Alisa menari di situ. Sebelum naik skuter, berjoget dulu, hehe.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 11 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Dance dulu baru ride haha.. Bijak lah Alisa ni.. Patut daddy dia ajar “jahat budak jahat”.. nasib tak buat shuffle anak dara tu bang hehe.. ”

” Sumpah yang ni comel sangat-sangat.. Alisa Aisyahhhh.. nak pinjam boleh tak Alisa hehe.. nk joget macam Alisa.. ”

” Hahaha terus into the character… tu baru lagu slow motion. Maunye keluar lagu blackpink, lagi rancak mungkin haha.. ”

” Tadaa girl nak gi mana tu hehe.. Alisa be like show timeee. Random betul Alisa ni, tak terfikir lak dia boleh dance bila dengar lagu tu.. ”

” Cantiknya toys ni.. dah boleh edit kan sekali dengan lagu jahat budak jahat haha.. Ingta nk rempit , apa joget dulu.. ”

” Seronok sangat dapat moto tuu hehe.. alisa dari dulu sampai sekarang tetap cheeky.. pandai sangat joget tu.. ”

” Suruh bawak motor, dia pergi menari pulak.. Kelakar lah Alisa Aisyah ni.. auntie nak tumpang boleh tak hehe.. ”

” Ehhh2 dia boleh menari plak dah geramm betui.. menari dulu baru ride haha.. bang pasang turbo lagi mantap.. adui tak pernah tak cute Alisa ni.. ”

Klik gambar untuk info..

Bukan main lagi ye Alisa punya dance, nasib tak buat shuffle je, hehe. Anak daddy betul Alisa ni, dari dulu sampai sekarang cheeky sangat. Apa-apa pun, semoga membesar dengan sihat selalu Alisa dan menjadi anak yang solehah buat mommy dan daddy.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hairul Azreen

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT