Artis / Selebriti
” Patut lah Beymad sampai buat live ‘Aku tak mau berlakon dah’. Member muka takut, haha.. ” – Komen Netizen

Video Behind The Scenes drama pendek Pak Mat Western lakonan Wan Maimunah, Que Haidar dan staff Pak Mat Western buat warganet terhibur. Habis semua kena sembur dengan Wan Maimunah. Part Beymad tu paling lawak. Cuak member, haha..
Lakonan pelakon lagenda, Wan Maimunah dan Que Haidar bersama staff Pak Mat Western, Una, Icha, Beymad dan Izz baru-baru ini mengundang air mata penonton. Iklan pendek itu berkisarkan mengenai seorang anak yang disisihkan gara-gara sikap seorang ibu yang pilih kasih.
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Pak Mat Western, telah dikongsikan video behind the scenes ketika mereka membuat penggambaran iklan tersebut. Wan Maimunah seorang pelakon yang sangat berpengalaman dan begitu sporting memberikan tunjuk ajar kepada semua.
Wan Maimunah kelihatan agak tegas dan ini membuatkan Beymad sedikit cuak ketika ada babak mereka bersama. Ramai yang terhibur melihat ekspresi wajah Beymad yang kelihatan ketakutan ketika ditegur oleh Wan Maimunah. Wan Maimunah mahu Beymad betul-betul menghayati wataknya.
Bukan hanya Beymad, Una, Que Haidar dan kru pun semua kena dengan Wan Maimunah. Bukan mudah untuk berlakon bersama pelakon legend tetapi banyak yang mereka semua dapat pelajari sepanjang penggambaran iklan tersebut. Wan Maimunah tidak lokek berkongsi ilmu dan teknik lakonan. Hasil lakonan mereka ternyata memuaskan hati dan berjaya membuat air mata semua orang jatuh.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Aku tak boleh tengok beymad tu.. teringat dalam live dia punya takut tak mau berlakon tu haha.. “
” Patut lah beymad sampai buat live “AKU TAK MAU BERLAKON DAH…AKU TAK MAU BERLAKON DAH” member muka pun dah lain takut punya hal haha.. “
” Mad oo Mad haha.. tak stroongg beymad dh cuak bile ibu angkat penumbuk.. patutla beymad tkmau belakon dah.. tp pengalaman bharga dpt blkon dgn ibu haha.. “
” ” Betul ka bu” ibu siap angkat penumbuk lg mauu ketua x teriakk.. haha.. Yg tgok punya lah sedih sampai menitis air mata diorg yg berlakon boleh gelak2 mcm tu je.. “
” Nampak sangat muka Beymad takut haha.. orang pengalaman semua watak boleh bawak… semoga ibu maimunah sihat2 selalu..terus berlakon hiburkan rakyat MALAYSIA.. “
” Comel sangat ibu haha.. nak nangis ke nak gelak.. simpan air mata dekat kubur lagi nak nangis.. “
” Beymad tengah cover cuak ka tu haha.. berlakon dengan otaii legend mahu tak cuak.. memang semua kena lah dengan wan maimunah.. “
Mencuit hati menonton video behind the scenes drama pendek ini. Mana tak cuak semua, Wan Maimunah memang agak garang. Tetapi garang Wan Maimunah untuk mengajar semua supaya dapat menghayati watak dengan baik. Walaupun garang, boleh tahan kelakar juga Wan Maimunah, sempat tunjuk giginya yang sudah tiada, hehe.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Pakmatwestern, Tiktok Pakmatwestern
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Dia tanya, apa khabar. Boleh kah Zara peluk Ustazah, Zara rindu.. ” – Ustazah Zara
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Daddy okey tak kalau mommy follow ? ” – Fazura
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ibu tiri yang patut dicontohi. Bertuah Maryam ada dua ibu yang sentiasa menyayanginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago
” Patut la Ara cakap Syed Saddiq boyfriend dia. Tengok la layanan dia macam mana.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Comel, dia ambil dua-dua muka mak ayah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Kapsyen maknya pun lawak lah. Harap bersabar lah yer Datin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” She sebak betul sampai bergenang air mata, kita dengar pun sebak juga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago
” Oh dia dah tak nak tengok sayalah. Saya faham.. ” – YB Syed Saddiq