Connect with us

Artis / Selebriti

” Pandainya Arsalan, teliti dia baca tak kena ulang-ulang lagi.. ” – Netizen

Video Jihan Muse Mengajar Sendiri Anak Sulungnya, Ungku Arsalan Haq Mengaji Al-Quran Raih Pujian Ramai. Wah Pandai Arsalan Mengaji. Sebutan Tu Siap Berdengung Lagi. Jihan Pun Pandai Tajwid !!

Kehidupan pengacara popular Jihan Muse dan pasangannya pelakon , Ungku Hariz jarang dipertontonkan kepada umum menerusi media sosial. Sehingga kini, Jihan telah pun dikurniakan 2 orang anak lelaki iaitu Ungku Arsalan Haq dan Ungku Altamis Barr.

Menerusi akaun Tiktok Azuraraihanna, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Jihan Muse sedang mengajar anak sulungnya, Ungku Arsalan Haq mengaji. Arsalan yang sudah pun berusia 5 tahun ini merupakan seorang anak yang bijak dan cepat belajar.

Dapat didengar, Jihan menyebut sebutan perkataan yang betul kepada anaknya ini. Arsalan pula setelah ditegur bacaannya tidak betul, pantas Arsalan mengulangi bacaannya sehingga bondanya mengatakan ‘okey’. Comel betul mendengar sebutan Arsalan membaca Al-Quran itu.

Cara Jihan mengajar sendiri anaknya mengaji dan pandai bertajwid juga dipuji oleh warganet. Dalam pada Jihan yang selalu berjenaka dan melawak, ini adalah sisi lain Jihan yang ramai tidak tahu. Anak yang bijak adalah hasil asuhan ibu ayah yang sabar dan hebat.

Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) ;

@azuraraihanna

#jihanmuse #ungkuhariz #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypage #foryou #foryoupage #foryourpage #masukberanda #masukberandafyp #masukfyp #beranda #berandatiktok #berandafyp

♬ original sound – JIHAN MUSE – Raihana

Sehingga kini, hampir 4000 tanda suka telah pun direkodkan untuk posting ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :

” Alhamdulillah terbaik lah Jihan dan Arsalan. Kebanggaan ibu bapa dapat mengajar anak sendiri mengaji.. ”

” Lawak-lawak juga Jihan ni tapi dari segi menjaga dan mendidik anak memang terbaik lah.. syukur Alhamdulillah.. ”

” Alhamdulillah pandainya Arsalan.. Baru besar tu dah pandai mengaji Al-Quran. sejuk perut ibu ank ank yg bijak pandai baca quraan.. ”

” Alhamdulillah bagusnya.. terbaik lah Jihan asuh anak dari kecil lagi supaya cintakan Al-Quran.. semoga menjadi anak yang soleh Arsalan.. ”

” Kecik-kecik dah pandai mengaji. terkedu acik dengar bacaan Arsalan.. sebutan tu, jelas siap ada dengung lagi.. ”

” Salam boleh menjadi contoh yang baik.. terbaik lah Jihan.. Bagus anak dan ibu.. Alhamdulillah saham akhirat yang berpanjangan.. ”

” Pandainya Arsalan, teliti dia baca tak kena ulang-ulang lagi.. sejuk tengok anak-anak yang macam ni. bagusnya jihan pandai didik anak.. ”

Anak kecil ini ibarat kain putih yang suci murni dan ibu bapa lah yang mencorakkan si anak. Pujian untuk Arsalan yang pandai mengaji dan tidak lupa untuk Jihan yang sekali pun sibuk dengan kerja masih sempat mengajar anak mengaji. Semoga Arsalan menjadi insan yang sentiasa cintakan kalam Allah dan anak yang soleh.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok azuraraihanna, IG Jihan Muse

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT